Mulai dilancarkan pada tahun 2018, siapa sangka siri Samsung Galaxy Watch masih kekal releven serta mengumpul peminat yang ramai sehingga kini. Menawarkan teknologi dan fungsi terbaru serta rekaan yang penuh gaya membuatkan model ini terus menjadi pilihan.

Pada tahun ini, Samsung tampil dengan model generasi keenam mereka menerusi rangkaian Samsung Galaxy Watch6. Menerusi model terbaru ini, Samsung berjaya menggabungkan tiga elemen utama iaitu praktikaliti, penggayaan dan juga teknologi.

Ayuh ketahui lebih lanjut, mengapa model ini semakin mendapat tempat di kalangan pengguna.

Sesuai digunakan untuk pelbagai mood berbeza
Sumber: Tom’s Guide

Bagi kebanyakan pengguna, sering kali hanya satu jam yang menjadi pilihan untuk digunakan setiap hari. Oleh itu, sesebuah jam tangan haruslah mempunyai ciri-ciri yang memenuhi keperluan pengguna serta rekaan yang ‘fleksibel’.

Menerusi rangkaian Samsung Galaxy Watch6, para pengguna tidak perlu lagi risau untuk menggunakannya bagi tujuan kerja mahupun bersukan.

Untuk pengetahuan, sebanyak dua model ditawarkan buat para pengguna yang terdiri daripada Samsung Galaxy Watch6 dan juga Samsung Galaxy Watch6 Classic. Kedua-duanya ditawarkan dalam memenuhi citarasa pengguna.

Selain itu, Samsung juga turut memberi penekanan dari segi material tali jam untuk dipadankan bersama rangkaian Samsung Galaxy Watch 6.

Sama ada tali jam daripada material hybrid eco-leather, fabric, getah bagi tujuan sukan dalam menawarkan pengudaraan yang baik, semuanya tersedia bagi rangkaian Galaxy Watch 6. Oh ya, kesemua material ini sedia ditawarkan dengan warna yang berbeza-beza untuk dipadankan bersama pilihan pengguna. Serius cool!

Jam tangan pintar serba lengkap untuk kesihatan dan kesejahteraan

Hadir dengan processor Samsung Exynos W930, RAM 2GB dan juga ruang storan 16GB, model ini berjaya menawarkan fungsi terbaik mengikut kehendak pengguna. Menerusi Samsung Health serta kemas kini One UI, para pengguna berpeluang menikmati pengalaman penggunaan yang lancar serta interaktif.

Berbincang mengenai bateri, para pengguna berpeluang menggunakan model ini sehingga 48-jam untuk satu pengecasan penuh. Pengecasan pantas yang tersedia membolehkan pengguna mengecas rangkaian Samsung Galaxy Watch6 daripada 0% ke 45% dalam tempoh 30 minit sahaja.

Mengulas dari segi kesihatan, rangkaian Samsung Galaxy Watch6 merupakan satu-satunya jam tangan pintar dengan fungsi blood pressure monitoring atau pemantauan kadar tekanan darah, ECG dan juga komposisi badan pengguna.

Hadir dengan fungsi sleep monitoring, para pengguna berpeluang mendapatkan data penuh tempoh waktu tidur, deep sleep dan sebagainya menerusi analisa yang dikongsikan pada telefon pintar. Para pengguna turut diberikan beberapa tip dalam membolehkan mendapat tidur yang berkualiti.

Berbincang mengenai bateri, para pengguna berpeluang menggunakan model ini sehingga 48-jam untuk satu pengecasan penuh. Pengecasan pantas yang tersedia membolehkan pengguna mengecas Samsung Galaxy Watch6 daripada 0% ke 45% dalam tempoh 30 minit sahaja.

Dapatkan freebies bernilai RM727!

Menariknya, rangkaian  yang sarat dengan fungsi dan penuh gaya ini sedia ditawarkan dengan harga serendah RM1,099 sahaja.

Bukan itu sahaja, menerusi promosi yang berakhir 31 Disember ini, para pembeli berpeluang menerima hadiah sehingga RM727 yang terdiri daripada Galaxy Watch6 Watch Strap bernilai RM239.

Hadiah yang bakal diterima buat setiap pembeli Samsung Galaxy Watch6

Bukan itu sahaja, pengecasan 15W bernilai RM59 dan juga Watch Cradle berharga RM129 turut diberikan secara percuma. Sekiranya anda merupakan pengguna Galaxy Watch model terdahulu, anda turut berpeluang melakukan trade-in dengan rebat sehingga RM300. Berbaloi bukan?

*Promosi sah sementara stok masih ada serta hanya untuk tali jam terpilih. Warna dan model tali jam tersedia mungkin bergantung kepada negara atau penjual.

Warna putih atau hitam sahaja bagi charger bergantung kepada ketersediaan stok. Promosi sah untuk lokasi dan peranti terpilih sahaja. Tertakluk pada terma dan syarat. Kunjungi laman rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Apa tunggu lagi? Mungkin inilah masanya untuk anda mendapatkan jam tangan pintar yang boleh digunakan untuk tujuan bersukan, kerja mahupun penggayaan seharian.

Ketahui lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Watch6 dengan klik di sini atau lihat Samsung Galaxy Watch6 secara lebih dekat di Samsung Experience Store berdekatan lokasi anda.