Saingan Liga Malaysia musim 2024/25 bakal menyaksikan pasukan belasahan dalam saingan musim ini, TRW Kelantan bakal berwajah baharu.

Selepas segalanya tidak menjadi musim ini, pemilik pasukan iaitu Norizam Tukiman atau Zamsaham berharap pihaknya boleh membuat beberapa pembaharuan terutamanya dari segi pemain.

Baca Juga:

“Untuk musim ini, saya sudah cuba mengambil beberapa pemain baharu khususnya pemain import tetapi tidak dapat daftarkan. Jadi kita ambil pemain skuad Bawah 23 tahun untuk menamatkan baki saingan Liga Super musim ini.

“Saya sudah empat tahun di Kelantan, musim depan kita buka buku baharu. Musim depan tahun kelima di Kota Bharu dan In Sha Allah semuanya akan berjalan dengan baik,” katanya dipetik dari laporan Stadium Astro.

Pelbagai masalah melanda TRW Kelantan musim ini dan yang paling ketara ialah tunggakan gaji sehingga menyebabkan pasukan itu kehilangan ramai pemain ekoran penamatan kontrak yang lebih awal.

Kehilangan beberapa tonggak utama juga menyebabkan kelab dari Pantai Timur itu mengalami kekalahan besar baik dalam saingan Liga Super atau Piala Malaysia.

Antara beberapa siri kekalahan terbesar Kelantan musim ini ialah tewas kepada Terengganu dengan keputusan 8-0, tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan agregat 15-1 dalam aksi 16 pasukan terakhi Piala Malaysia 2023, tunduk kepada Terengganu dengan keputusan 8-0 dan tewas kepada Selangor dengan keputusan 11-2.

TRW Kelantan
Sumber Gambar: Yusri Yuhasmadi

Baru-baru ini, viral di laman media sosial yang menunjukkan salah seorang pemain Kelantan hanya mampu memakan mi segera berbanding makanan sihat yang patut dimakan oleh pemain profesional.

Perkara ini dikongsikan oleh salah seorang pemain iaitu Yusri Yuhasmadi dimana beliau memuat naik gambar yang menunjukkan pemain sedang menikmati menikmati hidangan mi segera.