Video seorang pelajar sekolah menggunakan ayat pickup line atau mengayat cikgu dia sendiri yang berstatus ustazah membuatkan netizen risau tentang corak pendidikan hari ini.
Di mana pelajar tersebut dilihat terlompat lompat nakal sedang mengayat ustazahnya dengan ayat: “Ustazah ustazah, apa beza ustazah dengan IC?”
Baca Juga:
- Sarung Jam Tangan Rolex RM89,000, Netizen Puji Jep Sepahtu Kekal ‘Humble’ Dan Tidak Menunjuk
- Bahagiakan Penonton Dengan Konten Kelakar, Ryan Bakery Dedah Ditipu Ratusan Ribu Ringgit
- Suami Suruh Nabila Razali Masuk Lebih Banyak Kelas Nyanyian: “Dia Sangat Memahami”
“IC disimpan dalam poket saya, uszatah saya simpan di hati saya.”
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika sesi ceramah di sebuah sekolah.
Dan netizen jelas tidak gembira dengan apa yang mereka sedang saksikan. Kerana menurut mereka, itu bukan adab seorang pelajar kepada seorang gurunya.
@lobakmerahmy Baru-baru ini tular di X, sebuah video yang memaparkan satu aktiviti dalam sesi ceramah di sebuah sekolah yang menerima teguran panas dari seorang netizen. Menerusi video berkenaan dapat dilihat seorang murid sekolah memberi ‘pickup line’ kepada seorang ustazah dengan menyatakan perbezaan ustazahnya dengan kad pengenalan. Bersama video itu, ada individu memberi teguran bahawa budaya baru yang dibawa penceramah di sekolah ini adalah sangat tidak sesuai dilakukan kepada pelajar yang masih muda. Apa pendapat korang tentang isu ini? Wajarkah penceramah zaman sekarang buat aktiviti macam ni? Untuk berita penuh boleh baca di kotak hijau di atas. Kredit video: X @/Alturkistiano Jangan lupa untuk Like, Comment. Share dan Follow Lobak Merah! 🧡 Terima Kasih! #fyp #fypシ #lobakmerahmy #beritaditiktok #viralstory #trending #trendingnewsmalaysia #ceritaviral #terkini #viralupdates #storyviral
Mereka menegur pihak sekolah yang membenarkan dan menggalakkan pelajar tersebut membuat pickup line kepada cikgu wanita tersebut.
Mereka berkata mungkin penceramah cuba menaikkan keyakinan seorang pelajar itu untuk berhadapan dengan orang lain. Namun ada banyak modul lain yang boleh digunakan berbanding dengan menyuruh pelajar itu terlompat lompat mengorat cikgunya.
Seorang warganet berkata: “Tertanya apa objektif program? Nak hilang rasa malu? Nak Tingkat keyakinan? Banyak lagi modul yang brsesuaian. Sekadar pandangan sahaja.”
Ada juga yang menyatakan bahawa budak dahulu, walau nakal macam mana pun tidak akan sampai hilang adab di hadapan guru dengan mengenakan ayat pick up line.
Seterusnya yang line menyatakan bahawa ini adalah kerana terlebih pengaruh Sepahtu sampai try hard nak jadi Jep.
Selain itu ada juga yang mempersoalkan apa motif yang merakam dan menyiarkan di media sosial? Adakah kerana nak kejar viral dan yang lain pula jadinya.
Namun di sebalik kritikan ada juga yang mempertahankan aktiviti itu sebagai aktiviti santai dan hiburan semata mata dan meminta netizen jangan terlalu serius dan ketinggalan zaman.
Tambahan pula pelajar itu tidak mencarut pun, kata mereka.