Bekas pengendali pasukan Selangor, Tan Cheng Hoe bakal mencuba pengembaraan baharu apabila beliau akan memegang jawatan sebagai ketua jurulatih salah sebuah kelab di saingan Liga Thailand.

Perpisahan antara Selangor dan Cheng Hoe diumumkan oleh pihak kelab baru-baru ini dimana kedua-dua pihak mencapai kata sepakat untuk penamatan kontrak dengan lebih awal.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Setelah destinasi seterusnya jurulatih itu diketahui, salah satu laman yang sering membawa perkembangan mengenai bola sepak Thailand iaitu All Things Thai Football berpendapat Cheng Hoe bakal berdepan tugas yang sukar di saingan liga tersebut.

“Tugas sukar menanti Cheng Hoe. Kelab (Police Tero) berdepan dengan isu kewangan (kini semakin baik) yang mana turut menyebabkan beberapa pemain utama meninggalkan pasukan.

“Mereka belum memenangi sebarang perlawanan pada separuh masa kedua musim ini. Lebih-lebih lagi, beliau baru dalam saingan Liga Thailand dan belum mengenali pemain di sini, yang mana membuatkan tugas beliau semakin sukar,” katanya.

Police Tero bukanlah asing bagi peminat bola sepak Malaysia dimana kelab itu sebelum ini pernah merekrut dua pemain negara iaitu Mohamadou Sumareh dan Dominic Tan.

Kedua-dua pemain kemudiannya kembali ke saingan Liga Malaysia dimana Sumareh menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Dominic beraksi bersama Sabah.

Selangor kini dilaporkan sedang mencari pengganti kepada Tan Cheng Hoe bagi mengendalikan pasukan yang bukan sahaja beraksi di liga domestik, tetapi juga peringkat Asia iaitu AFC Champions League (ACL) 2 musim ini.