Tular di media sosial kewujudan sebuah restoran roti daging Muslim berasaskan resipi China di tengah ibu kota yang mana menjadi bualan hangat. Bahkan, restoran tersebut dilihat sentiasa mempunyai barisan pelanggan yang panjang kerana mahu mencubanya.

Walaupun boleh dilihat pekerjanya berperwatakan seperti muslim kerana memakai songkok atau kopiah, kini seorang pengguna TikTok telah mendedahkan bahawa terdapat pekerja yang memakai rantai berbentuk salib di dalam sebuah video review.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

kedai roti daging
Sumber Gambar: TikTok @har.aziz

Di dalam video tersebut, anda boleh lihat dengan jelas seorang pekerja yang sedang membuat penyediaan roti daging viral itu memakai rantai berbentuk salib.

Selepas pendedahan berkenaan tular di media sosial, netizen mula mempersoalkan tentang status halal kedai itu serta pekerja-pekerja yang diambil adakah beragama Islam atau hanya wayang untuk mengaburi mata orang ramai.

kedai roti daging
Sumber Gambar: TikTok @har.aziz
Sumber Gambar: TikTok @har.aziz

Ada sebahagian pengguna maya lain turut meluahkan rasa kesal dengan individu yang hanya membeli kerana ia popular dan tidak mengendahkan keperluan mendapatkan makanan halal dan bersih.

Malah, sejak kedai roti daging ini beroperasi telah berjaya menerima lebih ratusan pelanggan pada setiap hari. Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga dua jam lamanya hanya untuk mendapatkan makanan viral tersebut.

Selepas penularan tangkap layar tersebut, pengurusan Restoran Mon Chinese Beef Roti di Bukit Bintang, di sini mengakui kesilapan pihaknya kerana terlepas pandang dengan isu pemakaian rantai salib membabitkan individu yang didakwa salah seorang kakitangannya.

Pengurus cawangan tempatan restoran dikenali Sofia, 27, ketika ditemui Harian Metro mengesahkan individu berkenaan sebelum ini adalah seorang daripada kakitangannya.

Bagaimanapun, lelaki itu sudah tidak lagi bekerja di restoran roti daging itu selepas diberhentikan dan pihak pengurusan memohon maaf kepada mereka yang tersinggung serta berasa kurang senang selepas menonton video tular itu.

Sofia berkata, pihaknya juga berjanji akan lebih peka supaya tidak terlepas dengan pandang dengan perkara menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

Berhubung status halal pula, Sofia berkata, perkara itu memang menjadi keutamaan pihak pengurusan kerana menyedari ramai dalam kalangan pelanggan mereka adalah Muslim.

“Sebelum buka restoran di sini lagi, kami sudah berhubung dengan ejen dilantik bagi membantu dalam menguruskan proses mendapatkan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Cuma proses mendapatkan sijil halal itu mengambil masa kerana banyak dokumen diperlukan dan saya pula masih muda dalam menguruskan perniagaan tapi akan cuba sehabis baik (bagi mendapatkan sijil halal),” katanya.

Sebelum ini juga, sebuah premis diusahakan suami isteri Muslim di Sri Petaling didakwa menggunakan bahan masakan tidak halal dengan menggunakan ‘rice wine’ dan Jakim mengesahkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis itu.

Susulan itu, pihak Jakim meminta orang ramai untuk berhati-hati dalam memilih kedai makanan yang halal kerana ada yang menyamar seperti muslim untuk mengaburi mata.