Sejak semalam, tular sebuah video di media sosial dimana memaparkan seorang lelaki bertindak di luar kawalan apabila telah melakukan gangguan seksual terhadap seorang wanita di stesen LRT Maluri.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat wanita itu menjerit apabila lelaki itu memeluk erat di atas lantai dan telah menarik perhatian penumpang lain yang berada di sana.
Baca Juga:
- Jurugambar Kena Gangguan Seksual Oleh Lelaki Yang Sama Sejak 2016, Merayu PDRM Ambil Tindakan
- Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok
- Gadis Ini Kongsi Pengalaman Selamatkan Mangsa Gangguan Seksual Di Dalam Tren
https://twitter.com/localrkyt/status/1685037325599072257
Selepas itu, penumpang lain yang sedar akan masalah dihadapi wanita itu bertindak membantu agar lelaki itu melepaskan wanita terbabit. Selepas wanita itu berjaya melarikan diri, lelaki itu dilihat bangun dan juga turun ke laluan keretapi dan mengetuk keretapi.
Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa risau dengan keadaan wanita tersebut yang pastinya trauma.
https://twitter.com/shamaineothman/status/1685094249564717057
https://twitter.com/cyraaeiou_/status/1685070177560588288
More reasons for a female to not travel alone. Nasib baik ada ramai orang boleh tolong. I couldn't imagine the things he would do if she was alone… https://t.co/RAiH2vXCwb
— Mia A.š (@miappleista) July 29, 2023
https://twitter.com/Cee_eu/status/1685102142192041984
Bukan itu sahaja, para netizen juga mempersoalkan kenapa tiada polis bantuan di sana dan keselamatan para penumpang sepatutnya dijaga.
Susulan isu itu, pihak The Vocket telah menghubungi pihak Rapid KL dan difahamkan kejadian tersebut masih dalam siasatan. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas siasatan selesai.