Sebelum ini, dilaporkan bahawa pelakon Hafidz Roshdi telah bertindak menumbuk isterinya, Nurul Shuhada sebanyak tiga kali sehingga mengakibatkan kecederaan.
Kejadian tersebut dipercayai berlaku di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis. Menurut laporan, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa telah hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan, pada Sabtu.
Baca Juga:
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Difahamkan, Hafidz akan dipanggil pihak polis untuk memberi keterangan dalam masa terdekat dan jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan.
Susulan kejadian terbabit, Shuhada telah menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal. Pada 23 Februari lalu, Hafidz telah menceraikan isterinya talak satu dengan bersaksikan ahli keluarga.