Permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terus menjadi perhatian peminat bola sepak tanah air berbaki satu hari lagi sebelum perlawanan menentang Oman dalam saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Malah, keadaan terkini padang SNBJ akhirnya terdedah apabila terdapat satu video di laman Youtube yang diambil menerusi rakaman dron pada 23 Mac 2024 sekitar 12 tengahari.

Baca Juga:

SNBJ
Keadaan terkini padang SNBJ yang dirakam pada 23 Mac 2024

Selepas video tersebut viral di laman media sosial, peminat mula membandingkan padang Stadium Bukit Jalil dengan Stadium Rajamangala yang akan digunakan sebagai venue bagi perlawanan antara Thailand menentang Korea Selatan pada 26 Mac ini.

Sebelum ini, Stadium Rajamangala digunakan untuk beberapa konsert yang membabitkan artis antarabangsa seperti Ed Sheeran yang mengadakan konsert pada 10 Februari lalu. Selain itu, kumpulan terkenal iaitu Coldplay turut mengadakan konsert di venue sama pada 3 Februari.

Akan tetapi, pihak pengurusan Stadium Rajamangala jauh lebih baik dan efisien dalam menjaga kualiti padang berbanding Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) jika kita melihat kepada gambar padang yang viral di laman media sosial.

Meskipun padang mungkin kelihatan tidak begitu sempurna, sokongan padu para penyokong setia tetap ditagih oleh Harimau Malaya dalam misi untuk mencapai kemenangan.

Skuad kendalian Kim Pan Gon itu tekad bangkit membalas dendam terhadap kekalahan 0-2 di Muscat pada jumaat lepas dengan mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ayuh! Sama-sama kita turun ke stadium memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya! Dapatkan segera tiket anda di laman web tickethotline.com.my sekarang!