Dua hari sebelum sepak mula perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia menentang Oman, padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) kembali menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.

Malah, keadaan terkini padang SNBJ akhirnya terdedah apabila terdapat video di laman Youtube yang diambil menerusi rakaman dron semalam (23 Mac 2024) sekitar 12 tengahari.

Baca Juga:

Pemilik akaun YouTube tersebut telah menerbangkan dron untuk meninjau perkembangan terkini venue berkenaan selepas video beliau yang memaparkan keadaan padang SNBJ beberapa hari lalu menjadi tular di media sosial.

Keadaan terkini padang SNBJ yang dirakam semalam (23 Mac 2024)

Video yang dirakam pada 12 Mac 2024 itu telah menampakkan keadaan padang yang cukup teruk selepas dilanyak konsert Ed Sheeran bulan lepas sekaligus dikecam hebat oleh pelbagai pihak.

Namun, terdapat perbezaan pada keadaan padang terkini yang dirakam semalam apabila beberapa bahagian yang terdedah mula menghijau selepas ditanam rumput jenis Zeon Zoysia itu walaupun masih kelihatan pasir di sekitarnya.

Rakaman Dron pada 23 Mac 2024
Rakaman Dron pada 12 Mac 2024
Rakaman Dron pada 23 Mac 2024

Padang berkenaan dijangka bertambah lebih baik pada hari perlawanan iaitu 26 Mac ini apabila pihak stadium melakukan siraman yang lebih kerap berdasarkan rakaman video dron tersebut.

Meskipun padang mungkin kelihatan tidak begitu sempurna, sokongan padu para penyokong setia tetap ditagih oleh Harimau Malaya dalam misi untuk mencapai kemenangan.

Skuad kendalian Kim Pan Gon itu tekad bangkit membalas dendam terhadap kekalahan 0-2 di Muscat pada jumaat lepas dengan mengutip sekurang-kurangnya satu mata bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Ayuh! Sama-sama kita turun ke stadium memberikan sokongan padu kepada skuad Harimau Malaya! Dapatkan segera tiket anda di laman web, tickethotline.com.my sekarang!