Dalam usaha untuk menawarkan perlindungan menyeluruh kepada pemandu di Malaysia, Berjaya Sompo Insurance Berhad (Berjaya Sompo) telah mengumumkan peningkatan signifikan untuk produk SOMPO Motor dan SOMPO MotorSafe.

Ancaman banjir, tanah runtuh, dan ribut yang semakin meningkat, Berjaya Sompo meningkatkan liputan faedah “Convulsion of Nature” kepada 100% daripada jumlah polisi yang diinsuranskan.

Baca Juga:

Peningkatan ini adalah untuk memberi ketenangan minda kepada pemegan polisi di mana kenderaan mereka dapat dibaiki segera tanpa kebimbangan. Selain itu, peningkatan ini juga menawarkan trak tunda 24 jam tanpa had secara percuma bagi kemalangan dan kerosakan yang boleh dicapai secara terus melalui aplikasi mudah alih MySOMPO.

Menerusi aplikasi MySOMPO juga, pemegang polisi dengan mudah boleh mendapatkan eminta bantuan 24 jam, mengesan trak tunda mereka secara langsung dan menguruskan keperluan insurans sewajarnya.

“Peningkatan ini menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian yang menyeluruh dan inovatif untuk kesejahteraan pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Tan Sek Kee.

SOMPO Motor adalah polisi insurans komprehensif kenderaan persendirian yang memberi perlindungan kepada pemegang polisi daripada kerosakan akibat kemalangan atau kebakaran kenderaan, kenderaan hilang kerana dicuri dan tanggungan kepada pihak lain atas kecederaan atau kematian serta kerosakan kepada harta pihak lain.

SOMPO MotorSafe pula adalah pelan insurans kenderaan yang membolehkan pelanggan memilih pelan jarak berdasarkan berapa jauh mereka memandu dalam setahun dan hal ini membolehkan mereka membayar premium yang lebih rendah sekiranya mereka kurang memandu kenderaan tetapi pada masa yang mendapat perlindungan menyeluruh.

Untuk maklumat lanjut, layari www.berjayasompo.com.my dan muat turun aplikasi MySompo di Play Store untuk peranti Android dan App Store untuk peranti iPhone.