Keperluan internet pada hari ini membuatkan lebih ramai syarikat telekomunikasi menawarkan pelbagai pelan yang menarik. Salah satu syarikat telekomunikasi yang sering menawarkan pelan berbaloi adalah U Mobile.

U Mobile hari ini memperkenalkan pelan baharu yang dinamakan sebagai U Mobile Prepaid U40. Menerusinya, U Mobile menfokuskan penawaran akses hotspot tanpa had melaluinya.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

U Mobile Perkenalkan Pelan Prabayar U40, Tawarkan Internet Tanpa Had Dengan Hotspot 6Mbps
Sumber Gambar: U Mobile

Pelan U Mobile Prepaid U40 ini hadir dengan penawaran data tanpa had pada kelajuan yang dihadkan kepada 6Mbps. Malah, anda berpeluang menikmati panggilan tanpa had menerusi pelan berkenaan.

Apa yang menarik pada pelan U40 ini adalah penawaran akses hotspot tanpa had dengan kelajuan 6Mbps seperti pelan premium lain.

Di samping itu, U Mobile juga sedia menawarkan akses 4G dan 5G tanpa had pada penghujung minggu ini. Anda perlu menebus pas terlebih dahulu menerusi aplikasi MyUMobile.

Sumber