Pada November 2020 lalu Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membuat rombakan undang-undang dengan membenarkan pengambilan arak, manakala pasangan yang belum berkahwin dibenarkan untuk tinggal bersama.

Langkah tersebut dikatakan sebahagian daripada usaha untuk menarik pelancong dan ahli perniagaan bertandang ke negara terbabit sebagai satu pelaburan yang menguntungkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Baru-baru ini UAE telah membuka fasiliti pembuatan arak pertamanya di Abu Dhabi, di mana negara itu sudah mula membenarkan penjualan, penggunaan dan pengeluaran produk alkohol.

Memetik laporan Middle East Monday, media tempatan melaporkan kilang arak itu dinamakan ‘Craft by Side Hustle‘. Fasiliti itu dibuka pada hari Sabtu di pusat beli-belah Pulau Galleria Al Maryah di Abu Dhabi — terdiri daripada pub gastro dan ‘kilang arak kecil’ yang memudahkan pengeluaran minuman beralkohol.

Pembukaan fasiliti pembuatan arak pertama Arab Saudi berada di bawah perubahan perundangan yang dilaksanakan di Abu Dhabi pada 2021, membenarkan pemegang lesen alkohol untuk menapai minuman beralkohol untuk penggunaan di lokasi pembuatan.

Menurut beberapa pengasas bersama Side Hustle Brews & Spirits, mereka menyahut cabaran untuk membawa minuman arak buatan sendiri ke UAE apabila salah seorang daripadanya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan minuman tersebut di negara itu.

“Semasa salah seorang daripada kami terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dari Abu Dhabi ke lebuhraya Dubai, beliau terbayangkan minuman arak buatan sendiri.

“Bagaimanapun apabila beliau mencari di kedai-kedai tempatan, didapati minuman yang sudah biasa diminum di Amerika Syarikat tiada di situ.

“Oleh sebab itu kami menyahut cabaran untuk menghasilkan arak dari Amerika Syarikat bersesuaian dengan rasa dan iklim di UAE — minuman rasa tempatan walaupun diimport dari seluruh dunia,” kata pengasas bersama syarikat tersebut.

Kedai arak itu menyajikan minuman beralkohol buatan sendiri yang berharga sekitar 45 dirham (RM56.30) berserta makanan gaya Louisiana selatan, dengan hidangan bayou tradisional seperti jambalaya, udang dan bubur jagung, Cajun po’boys dan pistolettes.

Pembukaan awal dibuat pada bulan ini, diikuti pembukaan rasmi pada bulan Februari akan datang.