Pemain pertahanan Terengganu, Azam Azmi Murad tersenarai dalam lima pemain muda yang patut diberikan perhatian dalam saingan Piala Shopee pada edisi sulung yang akan bermula pada hari ini.
12 pasukan dari lapan negara akan mengambil bahagian dimana dua kelab dari Malaysia iaitu Terengganu dan Kuala Lumpur City menjadi wakil dari saingan Liga Super.

Baca Juga:
- Dion Cools Bakal Menentang Kelab Malaysia Di Piala Shopee
- ‘Mengancam Boh!’ – Jersi Terengganu FC Jadi Pilihan Mat Saleh Di Luar Negara
- Selangor Mahu Berada Di Tempat Elit Seperti JDT Dan Terengganu
Asean United selaku penganjur kejohanan telah mengeluarkan senarai lima pemain muda yang bakal menyinar dalam saingan pada edisi pertama kali ini.
Azam Azmi – Terengganu FC
Persembahan mantap Azam Azmi dalam pertahanan Terengganu FC pada musim 2023 bukan sahaja memberikannya anugerah pertahanan terbaik di Malaysia, menewaskan saingan veteran seperti La’Vere Corbin-Ong, tetapi juga perpindahan ke penyandang juara Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta ‘zim. Kini kembali dengan Penyu secara pinjaman, Azam berharap dapat membimbing kelab itu untuk terus berjaya pada musim 2024/25.
Nathan Mao – Lion City Sailors FC
Nathan Mao telah menempa namanya dalam sejarah bola sepak Singapura. Pemain tengah menyerang itu adalah pemain termuda Liga Perdana Singapura pada usia 15 tahun dan 5 hari, yang paling muda beraksi dalam skuad perlawanan Liga Juara-Juara AFC sejak 2012 dan juga yang paling muda bermain dalam perlawanan akhir Piala Singapura.
Waris Chuthong – BG Pathum United
✅️ เดบิวต์นัดแรกในสีเสื้อ บีจี ปทุม ยูไนเต็ด
✅️ สัมผัสเกมนัดแรกบนเวที ไทยลีก 1👍 ยินดีด้วยนะเจ้า “แทน” วาริส ชูทอง
✅️ BG Pathum United debut
✅️ First game in Thai League 1👍 Congratulations, Waris Choolthong #บีจีปทุมยูไนเต็ด #BGPathumUnited pic.twitter.com/eGXTctrILx
— BGPU OFFICIAL (@bgpuofficial) August 28, 2023
Pada usia hanya 20 tahun, Waris Chuthong pantas membuktikan dirinya sebagai salah satu bek sayap terbaik di Thailand dan Asia Tenggara. Pemain pertahanan kanan itu memulakan karier profesionalnya di divisyen ketiga Thailand dengan Rajpracha FC, tetapi ia tidak mengambil masa terlalu lama untuk dia menarik perhatian beberapa kelab terkemuka di Thailand dan akhirnya memperoleh perpindahan ke BG Pathum United pada 2022.
Ananda Raehan – PSM Makassar
Ananda Raehan telah membuat lebih 70 penampilan untuk PSM Makassar merentasi semua pertandingan sejak penampilan pertamanya pada 2022. Pemain tengah bertahan berusia 20 tahun itu mempunyai musim pertama yang tidak dapat dilupakan dalam Liga 1 Indonesia dengan membimbing Makassar itu merangkul kejuaraan liga pertama mereka dalam tempoh 23 tahun pada 2022/23.
Nhean Sosidan – PKR Svay Rieng FC
Pemain sayap kanan berusia 21 tahun itu beraksi dengan cemerlang bersama Tiffy Army pada musim Liga Perdana Kemboja 2023/24 yang menyumbang 13 gol daripada 27 perlawanan dan berpindah ke Svay Rieng pada pertengahan 2024. Sosidan turut beraksi bersama skuad kebangsaan dimana beliau penampilan sulung dalam kemenangan menentang Guam pada Oktober 2021 di bawah pakar taktik Jepun Ryu Hirose.