Empat kelab Liga Super iaitu JDT, Selangor, KL City dan Terengganu bakal menggalas cabaran negara di pentas Asia pada musim 2024-2025.

JDT dan Selangor terlibat dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu AFC Champions League Elite (ACLE) dan AFC Champions League 2 (ACL 2).

Baca Juga:

Kuala Lumpur City (KL City FC) dan Terengganu FC (TFC) pula dipilih menyertai Kejohanan Kelab-Kelab ASEAN yang kini dikenali sebagai Piala Shopee musim 2024-2025.

Pemilihan kedua-dua kelab ini berdasarkan kepada status mereka sebagai finalis Piala Malaysia 2023 dan finalis Piala FA 2023.

Piala Shopee hanya disertai oleh kelab-kelab dari rantau Asia Tenggara sahaja. Sebelum ini, ia pernah dipertandingkan sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2003 dan 2005.

Piala Shopee
FOTO: Yahoo Southeast Asia

Usaha untuk menghidupkan semula kejohanan ini bermula sejak daripada 2012 lagi dan selepas lebih daripada 10 tahun, Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) akhirnya jadikan sebagai kenyataan.

Piala Shopee bakal menyaksikan penyertaan 14 pasukan daripada 10 negara Asia Tenggara. Sebanyak 40 perlawanan akan dimainkan mengikut format liga dengan adanya perlawanan kelayakan ‘play-off’ dan peringkat kumpulan.

Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam menghantar dua kelab manakala Singapura dan Filipina pula bakal diwakili sebuah pasukan.

Juara liga Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar pula bakal bersaing dalam penentuan playoff untuk merebut baki dua slot.

12 kelab yang layak akan diundi dalam kumpulan menerusi undian rasmi kumpulan. Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan pasukan pertama dan kedua setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.

Format separuh akhir dan final kejohanan bakal menggunakan format home dan away seterusnya bakal berlangsung dari 17 Julai hingga 21 Mei tahun depan.