Kapten skuad Harimau Malaya, Dion Cools berpeluang beraksi menentang kelab Liga Super apabila pasukannya, Buriram United diundi bersama wakil negara, Kuala Lumpur City (KL City) dalam kumpulan B Piala Shopee musim 2024/25.
Selain Buriram United dan KL City, 4 lagi kelab yang berada dalam kumpulan yang sama ialah Ha Noi FC (Vietnam), Borneo FC (Indonesia), Kaya FC (Filipina) dan Lion City Sailors (Singapura).
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
The Group Stage is all set ✅#ShopeeCup#ASEANUtdFC pic.twitter.com/seEol10BKt
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) May 9, 2024
Satu lagi wakil negara, Terengganu FC (TFC) diundi dalam kumpulan A bersama BG Pathum United (Thailand), PSM Makassar (Indonesia) dan Dong A Thanh (Vietnam).
Juara liga Brunei, Kemboja, Laos dan Myanmar pula bakal bersaing dalam penentuan playoff untuk merebut baki dua slot kumpulan A.
Empat pasukan yang merebut slot ini ialah Kasuka (Brunei Darussalam), Shan United (Myanmar), Master 7 (Laos) dan Preah Khan Reach Svay Rieng FC (Kemboja).
Piala Shopee ialah kejohanan kelab-kelab Asia Tenggara yang menyaksikan penyertaan dua kelab masing-masing dari Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Sementara Singapura dan Filipina pula bakal diwakili sebuah pasukan.
Setiap kumpulan bakal menempuh lima perlawanan dengan juara dan naib juara setiap kumpulan akan layak ke separuh akhir.
Format separuh akhir dan final kejohanan bakal menggunakan format home dan away seterusnya bakal berlangsung dari 17 Julai hingga 21 Mei tahun depan.