Pertemuan tumpuan utama pada aksi suku akhir UCL awal pagi tadi pastinga terarah kepada perlawanan di Santiago Bernabeu antara Real Madrid menentang Bayern Munich.
Skuad bimbingan Alvaro Arbeloa sebelum ini dikejutkan Real Mallorca pada aksi liga. Berharap aksi di UCL akan menjadi tonik kebangkitan semula mereka musim ini.
Luis Diaz meletakkan Real Madrid di hadapan, 4 minit sebelum rehat separuh masa pertama berakhir. Diaz menewaskan Lunin yang beraksi menggantikan Courtois yang masih cedera.
Bersambung babak kedua, hanya seminit aksi, Harry Kane sudah mencetak gol kedua untuk Bayern Munich.
Harry Kane caught Real Madrid sleeping 😮💨
⏰ 45:22 – Harry Kane scores ⚽ pic.twitter.com/rdTFmSYHBI
— OneFootball (@OneFootball) April 7, 2026
Juara 15 kali, Real Madrid memberikan respon dengan gol pertama mereka menerusi Kylian Mbappe minit ke-74, daripada kedudukan gawang ternganga. Kredit kepada Trent Alexander Arnold yang melakukan hantaran kunci yang sangat baik.
Vinicius hampir menyuamakan kedudukan minit ke-83, namun ditepis dengan cemerlang Neuer. Seminit kemudian Neuer sekali cemerlang menyelamatkan percubaan Militao.
Manuel Neuer terus cemerlang dengan 2 kali melakukan gerakan cap dagangnya iaitu sweeping di tengah padang ketika mematahkan serangan balas Real Madrid.
Bayern Munich memiliki peluang terbaik menerusi serangan balas minit ke-90+2, namun Olise gagal menyambar kemas hantaran rakannya.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan Bayern 2-1 ke atas Real Madrid. Aksi kedua adalah di Allianz Arena, Munich.
Arbeloa kini sudah menelan 6 kekalahan bersama Real Madrid.
Real Madrid's defeats this season:
-With Álvaro Arbeloa: 6 in 19 matches.
-With Xabi Alonso: 5 in 28 matches. pic.twitter.com/mOK8Ov7svw— ESPN FC (@ESPNFC) April 7, 2026