Rakyat Malaysia didakwa turut serta sebagai tentera upahan bersama Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, lapor Free Malaysia Today.
Kawasan tersebut telah dikuasai oleh tentera Rusia dan proksi mereka sejak tahun 2014, selepas protes pro-demokrasi di Ukraine yang mengakibatkan konflik pemisah.
Baca Juga:
- Presiden Ukraine Dikritik Jadi Model Majalah Vogue, Dianggap Tak Serius Hadapi Perang
- Gara-Gara Perang Rusia Dan Ukraine, Stok Mi Segera Indomie Berkurang Di Pasaran
Menurut Pusat Rintangan Kebangsaan Ukraine, Rusia telah mengumpul askar upahan dari pelbagai negara untuk menyokong dasar agresif mereka.
Pasukan upahan dari Malaysia, bersama penterjemah, dan bekas ahli Wagner dilaporkan berada di wilayah Donetsk, dan mereka kini berada di tempat latihan.
Pusat Rintangan Kebangsaan memberi amaran bahawa sesiapa yang berjuang bersama Rusia menentang Ukraine akan dianggap sebagai sasaran tentera.
Cuba, Nepal, Belarus, dan Serbia juga disebut sebagai negara yang dianggap memiliki anggota dalam angkatan tentera Rusia.
Setakat laporan ini ditulis, tiada apa-apa kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Wisma Putra.