Pertama sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) kerana tidak meng-censored kesemua ‘F’ word di dalam filem ini. Jika ‘F’ word tetap ditapis, maka hilanglah ‘keindahan’ filem ini dan apa gunanya rating 18 tahun ke atas jika perkataan ‘F’ yang digunakan untuk ‘mewarnai’ filem ini tidak lepas untuk tontonan pawagam.

Di Amerika, filem ini dikelaskan sebagai Rated R, di mana remaja atau kanak- kanak di bawah 17 tahun perlu di bawah bimbingan orang yang lebih tua untuk menonton filem ini. Ianya sesuai untuk tontonan semua sebenarnya jika segala ‘F’ word dan pembunuhan kejam oleh Deadpool dikurangkan. Tetapi ia tidak akan berlaku untuk filem ini. Filem ini dibuat 100% seperti wataknya di dalam komik; lawak, gila-gila dan langsung tidak serius. Itulah Deadpool.

deadpool1-master675

Jika anda perasan, Deadpool pernah muncul dahulu di dalam filem X-Men Origins: Wolverine tetapi peranannya amat sedikit dan tidak menunjukkan sisi Deadpool yang sebenar. Klip Youtube di bawah boleh mengingatkan anda kepada watak Deadpool dalam filem X-Men Origins: Wolverine yang dibintangi oleh Hugh Jackman sebagai Wolverine. Tetapi perlu diingat, Deadpool yang dulu bukanlah Deadpool yang sekarang. Tiada kaitan antara Deadpool dalam filem Wolverine dengan Deadpool serba baru ini.

https://www.youtube.com/watch?v=AiibN8EmIxE

Okay, kembali kepada filem ini. Bermula dari opening kredit hingga tamat, cerita ini memang kelakar dan gila- gila. Marvel juga berani ‘main angin’ dengan rival mereka, DC Comics apabila mereka menyelitkan sedikit watak Green Lantern yang dilakonkan oleh Ryan Reynolds pada tahun 2011. Mungkin perli secara halus kerana filem Green Lantern itu dikritik hebat oleh peminat tegar komik superhero. Kredit opening awal filem ini juga lain dari yang lain. Nak tahu kenapa, anda kena lihat di pawagam.

Cerita Deadpool ini berkisarkan Wade Wilson (Ryan Reynolds), bekas askar hebat yang jatuh cinta pada seorang gadis, Vanessa (Morena Baccarin). Mereka kemudiannya bercinta dan pada suatu hari, Wade disahkan menghidap penyakit kanser. Wade mahukan jalan pintas untuk merawat penyakit kansernya itu dan pergi ke makmal haram yang diselia Francis (Ed Skrein) dan pembantunya, Angel Dust untuk mendapatkan rawatan. Wade dicucuk dengan satu serum yang akan mengubah beliau menjadi mutant yang dapat merawat penyakit kansernya itu. Tetapi side efffect rawatan itu adalah Wade telah menjadi hodoh buat selama-lamanya. Misi Wade dalam filem ini adalah mencari kembali Francis untuk mencari penawar supaya beliau kembali handsome.

deadpool 1

Itulah sedikit sebanyak jalan cerita ini. Along the way, dua watak mutant dari X-Men muncul. Collossus dan Negasonic Teenage Warhead menjadi penyeri untuk filem ini. Ada kemungkinan Deadpool membuat ‘cameo’ untuk siri filem X-Men yang akan datang.

negasonic teenage warhead dan colossus
negasonic teenage warhead dan colossus

Pilihan lagu yang awesome turut menceriakan lagi filem ini. Lagu- Lagu lama dari Salt-N-Pepa, DMX dan Wham! mungkin bukan cup of tea golongan muda. Tetapi ianya sesuai dengan demography penonton yang rata-rata dilahirkan tahun 80-an dan 90-an dan semestinya mereka familiar dengan lagu-lagu di dalam filem ini.

Filem ini dapat disamakan dengan filem Kingsman: The Secret Service. Ianya lari dari stereotype filem yang kita jangka untuk sesuatu filem itu. Filem Kingsman mirip cerita James Bond,tetapi ianya bukan James Bond. Deadpool menggunakan formula yang sama digunakan filem Kingsmen; gabungan ganas dan kelakar yang cukup rasa dan saling melengkapi antara satu sama yang lain.

20th Century FOX berjaya merealisasikan watak Deadpool ini. Deadpool bukan watak tipikal superhero Marvel. Bagi yang 18 tahun ke atas, saya sarankan untuk menonton filem ini. Ianya ‘F’ Awesome. Anda akan suka Deadpool. Sebelum tu, lihat komen legenda Betty White untuk filem Deadpool ini. Enjoy.

Saya berani berikan filem ini 7/10 BIJI VOCKET.

P/S : Jangan keluar pawagam awal. Tunggu sehingga habis end credit.