Siapa sangka hanya dengan satu klik yang dianggap remeh, segala wang simpanan hasil titik peluh bertahun-tahun boleh lesap sekelip mata dari akaun bank.
Laporan State of Scams in Malaysia oleh Global Anti-Scam Alliance (GASA) dan Whoscall mendedahkan fakta membimbangkan di mana tiga daripada empat rakyat Malaysia pernah menjadi sasaran penjenayah siber.
Ancaman scam kini ibarat ‘pembunuh senyap’ yang tidak lagi memandang latar belakang mangsa, di mana realiti menakutkan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika pintu maklumat peribadi dibiarkan terbuka luas tanpa kawalan.
Daripada penipuan pancingan data hingga kepada panggilan suara palsu, taktik licik ini memerlukan sistem pertahanan yang lebih jitu di peringkat rangkaian lagi.
Menyedari keselamatan digital rakyat Malaysia kini berada di tahap kritikal, U Mobile menerusi rangkaian ULTRA5G tampil memperkenalkan ULTRA Security sebagai lapisan perlindungan pertama buat pengguna.
Berbeza dengan aplikasi tambahan yang perlu dimuat turun secara berasingan, ia adalah perlindungan peringkat rangkaian yang sudah siap terbina di dalam sistem.
Benteng automatik 24 jam
Ciri ini berfungsi secara automatik sepenuhnya tanpa memerlukan sebarang pengaktifan manual daripada pengguna.
Menerusi sistem pintar ini, rangkaian ULTRA5G bertindak menapis ancaman siber secara terus termasuk menyekat khidmat pesanan ringkas (sms) pancingan data, panggilan suara berunsur penipuan, serta akses ke laman web berisiko tinggi sebelum ia sempat menembusi peranti pengguna.
Walaupun sistem ini tidak menjanjikan perlindungan mutlak daripada segala jenis ancaman yang ada, namun dalam era penipuan siber yang semakin agresif, mempunyai benteng awal di peringkat rangkaian adalah langkah mitigasi risiko yang sangat penting.
Ia bertindak sebagai perisai yang mengurangkan keberangkalian pengguna terjerat dengan taktik penipuan digital.
Perlindungan ekstra ‘pro’

Bagi pengguna yang mahukan perlindungan lebih menyeluruh, ULTRA5G turut menawarkan ULTRA Security Pro sebagai pilihan tambahan.
Harus diingat ciri premium ini adalah langganan tambahan khusus buat pengguna pelan ULTRA Postpaid dan ULTRA Family sahaja.
Ia merangkumi manfaat lebih luas seperti perlindungan identiti, keselamatan peranti, serta insurans siber yang mana fungsi tambahan ini tidak tersedia untuk pengguna prabayar.
Sambil dilindungi sistem keselamatan yang sentiasa berjaga, pengguna turut ditawarkan dengan kepantasan luar biasa mencecah 500 hingga 1000 Mbps di zon liputan ULTRA5G.
Prestasi kelajuan ini bukan sahaja memberikan pengalaman internet yang lancar, malah meletakkan satu tanda aras baharu yang jauh meninggalkan pesaing dalam pasaran telekomunikasi tempatan.
Jangan biarkan diri anda atau orang tersayang menjadi mangsa seterusnya dalam statistik jenayah siber yang kian meningkat.
Berikan diri anda ketenangan fikiran dengan memiliki benteng keselamatan digital yang sentiasa aktif dan pintar.
Orang ramai kini boleh merasai sendiri perbezaan kualiti rangkaian ini melalui Free eSIM Trial daripada ULTRA5G.
Alami sendiri gabungan kelajuan tinggi dan perlindungan pintar yang direka khusus untuk memperkasakan gaya hidup digital rakyat Malaysia dengan lebih selamat.
