Universiti Malaya (UM) akan menyiasat sebuah iklan tawaran kerja bagi jawatan pembantu penyelidik yang dikeluarkan untuk komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, pihak UM masih belum dapat mengesahkan bahawa iklan tawaran kerja dengan logo UM di kepala surat terbabit itu dikeluarkan ooleh Centre of Excellence for Research in AIDS (Pusat Kecemerlangan Penyelidikan AIDS) (CERiA).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sebelum ini tular di media sosial apabila sebuah universiti tempatan mengeluarkan iklan tawaran pekerjaan untuk golongan LGBT.

Iklan itu memaparkan tawaran pekerjaan untuk jawatan pembantu penyelidik dan menyatakan bahawa, “Kami menggalakkan permohonan daripada gay, biseksual dan ahli komuniti MSM (men who have sex with men) yang lain.”

Hantaran tersebut dimuat naik sendiri oleh Centre of Excellence for Research in AIDS (CERiA) yang berada di bawah Fakulti Perubatan sebuah universiti awam tempatan dan telah beroperasi sejak 2007.