Travelog for self-reference and friends in the future. 10 hari, free and easy. 4 hari di Madinah, 6 hari di Makkah.
Umrah DIY (Do-It-Yourself) ikut bajet dan keperluan sendiri. Kalau ada apa-apa soalan boleh PM di Facebook:
1. Pengenalan
2. Permohonan visa
3. Penerbangan
4. Teksi
5. Hotel
6. Makan dan minum
7. Tip-tip berguna
8. Soalan-soalan lazim
1. Pengenalan
Travelog ini dibuat atas dasar niat berkongsi pengalaman sendiri dan mendapat pahala dari ilmu yang bermanafaat. Saya ada masukkan sikit-sikit personal story untuk buat orang semangat dan bermotivasi untuk buat umrah. Tujuan saya tulis umrah DIY ni sebab ramai yang bertanya macam mana saya buat.
Jadi saya mengambil keputusan menulis tentang perjalanan kami kali ini dengan niat untuk berkongsi. Amat menjadi suatu kerugianlah kalau saya tak kongsi ilmu yang membawa kepada kebaikan.
Lagipun banyak sangat myth yang tak betul saya dengar pasal buat umrah. Kebanyakannya cerita yang menakuntukan. Entah datang dari mana saya pun tak tau. This travelog will try to demystify all that.
Sepatutnya kita hebahkan cerita yang baik dan seronok mengenai tanah suci dan bukan sebaliknya. Dengan cerita yang baik, sedikit sebanyak dapat mengajak orang mengerjakan umrah. Kalau tak pergi dengan cara DIY pun boleh pergi dengan travel agent. Tapi posting ni lebih tertumpu kepada cerita dan kelebihan umrah DIY.
Travelog ini bertujuan memberi tunjuk ajar cara-cara perjalanan DIY, panduan bajet dan tip-tip yang saya belajar dari pengalaman diri sendiri atau melalui pengalaman orang-orang lain. Untuk panduan rukun umrah, wajib umrah, doa-doa dan pantang larang bolehlah dirujuk kepada banyak buku-buku panduan umrah yang boleh didapati di kedai-kedai buku.
Do i know everything? The answer is no and i’m learning from others too.
Ramai juga yang kongsi pengalaman sendiri dan tip di ruang komen (lihat FAQ). Terima kasih kepada mereka yang memberi sumbangan idea penambahbaikan.
Posting ini bagi panduan perjalanan selengkap yang boleh berdasarkan pengalaman sendiri dan tunjuk ajar dari yang lain.
Sebenarnya, sudah ramai juga yang buat umrah DIY, tapi ramai yang tidak berkesempatan untuk menulis.
Semasa sampai di sana, entah macam mana hati diilhamkan untuk menulis pengalaman umrah DIY.
Kebanyakan cerita ditulis semasa saya berada di sana. Sampai di Malaysia saya lengkapkan lagi info dan buat editing. Saya galakkan untuk cari rujukan lain selain daripada posting saya ini. Banyak blog-blog dan buku-buku travelog DIY sudah dikeluarkan.
Masing-masing ada pengalaman yang berlainan. Itu yang seronok bila berkongsi cerita. Kalau ada salah dan silap, harap dapat perbetulkan.
Ini adalah umrah kali ke-2 cara DIY.
Umrah pertama saya guna travel agent dan kedua saya gunakan separuh travel agent dan separuh DIY. Umrah ke-3 dan 4 saya buat DIY penuh.
Alhamdulillah, lepas dapat antara bonus terawal dalam tahun 2010, saya belanja mak dan abah pergi umrah. Memang niat dari dulu nak bawa orang tua pergi ke tanah suci, ada rezeki lebih saya tunaikan hajat yang selama ini disimpan.
Niat memang penting sebagai langkah pertama, lepas tu insyAllah segalanya akan dipermudahkan.
Umrah pertama saya guna pakej daripada Tabung Haji. Servis memang terbaik dan highly recommended. Program, jadual, segala urusan sangat profesional dan teratur. Memang tiada complaint apa. Kalau orang tanya saya travel agent mana untuk first timer, memang saya syorkan dari Tabung Haji berdasarkan pengalaman saya.
Lepas umrah pertama pada 2010, rezeki makin murah dan makin bertambah. Lepas saya kahwin pada 2012, honeymoon saya adalah di Tanah Suci untuk mengejakan umrah.
Umrah kedua saya guna pakej daripada syarikat A (bukan nama sebenar). Servis tak memuaskan and i think too commercialize.
Masa ni saya sebenarnya dah buat half DIY. Hotel semua saya uruskan sendiri sebab dah tau hotel mana yang terdekat dengan masjid.
Travel agent cuma uruskan ground transport, program, visa dan mutawif sahaja. Ada berapa perkara yang saya tak berkenan dengan cara travel agent ini menguruskan jemaah.
Masa ni saya dah rasa lagi puas hati kalau buat semua urusan sendiri. Tak susah pun.
Saya jangka kalau travel agent tak perbaiki mutu perkhidmatan, makin ramai akan beralih kepada umrah DIY.
Mungkin pasaran mereka kebanyakannya masih makcik dan pakcik di kampung. Tapi bagi mereka yang sudah didedahkan dengan dunia maklumat di hujung jari, ramai akan cari alternatif lebih baik.
When someone told me of all the bad experiences while traveling with the agent, my heart sank. They deserved better!
They have to put people first in their mind in doing their business. No business can do well without first doing well to all of the people it’s business touches.
Tapi, tak semua travel agent macam ini. Ada yang bagi servis berkualiti dan telus.
So, wake up call kepada travel agent untuk tingkatkan kualiti servis anda atau orang awam akan sentiasa cari alternatif lain.
Alhamdulillah, trip ke 3 dan 4 saya buat umrah DIY secara penuh. Umrah DIY lagi seronok dan memberi kepuasan. Puas hati sangat sebab tau duit pergi ke mana dan apa yang kita bayar. Full cost transparency.
Tak kelam kabut dan tak payah nak ‘berombongan’ sangat. Bergerak sendiri lagi pantas dan mudah. Maklumlah kalau berombongan kita, banyak masa dihabiskan untuk menunggu dan menunggu, kadang-kadang tak tahu apa yang ditunggu. Tunggu dan tunggu, banyak menguji kesabaran betul.
Umrah DIY Untuk Kali Pertama?
Saya first time nak pergi umrah. Boleh ke buat umrah DIY?
Posting ni ditulis untuk beri panduan lebih kepada untuk mereka yang pernah buat umrah. Tapi pada pandangan saya, tiada masalah untuk first timer. Dengan syarat belajar dari mereka yang pakar, ustaz-ustaz, dan alim ulama. Lengkapkan ilmu di dada sebelum mengerjakan umrah.
Dari segi perjalanan, boleh bergerak secara sendiri walau tanpa travel agent. Lagi terbaik pergi dengan orang yang pernah mengerjakan umrah.
Ketiadaan mutawif pun tak apa sebab kita boleh lengkapkan ilmu dengan membaca banyak buku-buku panduan dan pergi kursus umrah.
Lagipun kalau pergi dengan travel agent pun kadang-kadang mutawif tak larat nak jaga 30-40 jemaah sekaligus. Masa di sana pun pandai-pandailah kita buat umrah sendiri dan jaga pantang larang sendiri walaupun ada mutawif.
Ilmu itu penting. Knowledge is power. Don’t do anything in this world without knowledge.
Tapi Saya Tak Pandai Berbahasa Arab?
Saya pun tak pandai berbahasa Arab dan bukanlah ustaz, mutawif dan alim ulama.
Saya hanya pekerja pejabat macam kebanyakan orang. Di negara Saudi memang bahasa utama adalah Bahasa Arab. Tapi kebanyakan dari meraka pandai berbahasa Inggeris asas.
Samalah juga kalau kita bercuti ke Thailiand, Vietnam, Cambodia atau tempat-tempat bukan English speaking, tak semestinya kita kena cakap Bahasa Siam, Bahasa Vietnamese dan Bahasa Cambodia untuk survive kan? Boleh je.
Untuk check-in hotel, check-in flight dan deal dengan teksi, sungguh tak menjadi masalah, kerana mereka faham basic English. Don’t under estimate them.
Untuk shopping pun kebanyakan peniaga pandai berbahasa melayu! Kebanyakannya orang Pakistan, Bangladesh, Myanmar dan lain-lain. In fact, they can speak more than 5 languages. Arab, Melayu, Urdu, Turkish, dan lain. Again, you’ll be amazed dengan penguasaan bahasa mereka.
Ini adalah tumpuan umat Islam dunia, kalau mereka tak pandai berbahasa dengan orang, macam mana nak berniaga.
Ada beberapa kali yang saya kena berurusan dengan orang yang tak pandai langsung Bahasa Inggeris asas atau Bahasa Melayu. Caranya mudah, cakap sahaja dalam bahasa kita dan dia balas balik dengan bahasa dia, dengan izin Allah, masing-masing akan faham tujuan masing-masing.
Macam itik cakap dengan ayam, tapi masing-masing faham. How? i don’t know… kuasa Allah! Berlapang dada dan buka minda.
And it’s fun experience dalam kita mengembara di bumi Allah.
Kursus Umrah Percuma
Untuk kali pertama atau nak refresh memory, boleh pergi kursus percuma umrah yang ditawarkan oleh Tabung Haji. Rujuk Facebook page Tabung Haji Travel untuk jadual.
9.00 pagi -12.00 tengah hari, Setiap SABTU, Open to Public
1. Surau Bangunan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, KL
2. Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
3. Masjid TH Hotel, Kelana Jaya, Selangor
Kebiasaanya saya pergi 1 atau 2 minggu sebelum pergi. Kursus percuma dianjurkan oleh Tabung Haji terbuka kepada orang ramai. Saya pergi ke Tabung Haji Jalan Tun Razak. Setiap Sabtu, jam 9 pagi.
Kelebihan Umrah DIY – Masa Yang Flexible
Bagi saya umrah DIY banyak memberi kelebihan kepada orang bekerja yang tak banyak cuti. Sebab kadang-kadang pakej dari agen sampai dua minggu lamanya.
Kalau buat sendiri, ikut suka hati kita berapa lama nak pergi. Nak pergi over the weekend pun boleh. Tapi terkejar-kejar pula. Saya sarankan paling pendek 7 hari.
Ikut suka hati kita nak berapa malam di Madinah dan Mekah. Untuk trip kali ini saya gabungkan dengan long weekend Hari Pekerja. Jadi pilihlah tarikh yang sesuai seperti gabungkan dengan cuti minggu panjang supaya boleh jimat cuti tahunan. Semua kita buat dan rancang sendiri, kata DIY kan! Sounds fun and adventure!
Di Madinah atau Mekah pun masa kita tak terikat dengan jadual rombongan. Up to us nak buat apa dan pergi ke mana. Masa makan pun ikut perut sendiri. Tak terkejar-kejar dengan jadual yang ditetapkan oleh travel agent. Selalunya, travel agent akan bawa ziarah tempat bersejarah macam Mina, Bukit Thur, Padang Arafah, ladang kurma, ladang unta.
Bab ladang unta tu saya tak berapa faham. Rasanya orang Malaysia sahaja yang beriya-iya tengok unta. Jemaah dari negara lain tak ada pun beriya-iya pergi ladang unta. Di Malaysia pun boleh tengok unta di zoo! Ahaks!
Ladang kurma pun macam tengok ladang kelapa sawit. Nak beli kurma pun mahal di ladang kurma. Di bawah saya akan bagi tip nak beli kurma murah di mana. Kalau buat DIY pun boleh pergi tempat-tempat macam ini naik Uber atau teksi.
Saya dan isteri malas nak berlengas-lengas dan panas, jadi masa banyak dihabiskan di masjid yang ber-aircond dengan baca Quran, tawaf sunat, solat sunat dan lain-lain ibadat.
Pernah berborak dengan jemaah lain mengadu jadual terlampau padat sampai tak boleh nak rehat. Untuk umrah DIY, itu semua tak menjadi masalah sebab semua pelan itinerari kita sendiri.
Kelebihan Umrah DIY: Kos Yang Murah, Transparent Dan Value For Money
Memang lebih murah! Kalau fikir logik akal akan pun kalau kita melancong kemana-mana menggunakan travel agent memang mahal.
Sebab travel agent akan ambil untung dan duit tu datang daripada poket kita sendiri (hasil titik peluh dan simpanan berbulan-bulan).
Yuran travel agent kadang-kadang melampau berlipat ganda. Kalau servis tip-top tak apalah juga. Ada juga banyak kes yang kena tipu (flight tak landed di KLIA, hah macam mana tu?).
Apabila kita beli tiket penerbangan sendiri, tempah hotel, teksi dan lain-lain sendiri, kita tahu mana duit kita pergi berbanding bayar terus dengan travel agent. Mana yang kaki jalan atau backpacking mesti faham bab ini. Samalah juga kita buat umrah, tiada beza.
Kadang-kadang kesian dengan jemaah yang kami jumpa di sini, apabila berbual, harga mereka bayar lebih kurang sama atau lagi mahal.
Hotel jauh turun naik bukit dan kongsi sampi 7 orang satu bilik!
Kesian dengan pakcik makcik yang sudah tua-tua. Kami tempah hotel di perkarangan masjid dan dekat. Harga semua bergantung kepada bajet masing-masing. Mungkin harga DIY lebih murah atau sama dengan harga pakej daripada travel agent, tapi anda akan ada 100% kawalan atas apa anda mahu. Value for your money.
Sebenarnya, hotel di Mekah dan Madinah sangat banyak pilihan dan bermacam-macam harga. Serendah dari RM150 sehingga ke 2-3 ribu semalam. Ikut selera dan bajet.
And since this is the only big trip for both of us would be taking this year (we have not been traveled for past 12 months), so we were willing to spend a bit more for the hotel.
Penat kot cari duit, now it’s time to reward ourself.
2. Permohonan Visa
Visa boleh dibuat sebulan sebelum tarikh penerbangan. Visa sah untuk 30 hari.
Saya diberitahu kalau visa bulan Ramadhan adalah 15 hari. Ia dihad kan kepada 15 hari supaya mengelak orang awam overstay sampai ke musim haji.
Jangan buat perkara macam ini, kerana melanggar peraturan negara orang akan menyusahkan semua orang. Ikut peraturan tempoh visa.
Permohonan visa akan dibuka semula 2 bulan selepas waktu haji, sekitar bulan November.
Untuk visa, saya pernah buat 2 minggu sebelum pergi pun tiada masalah. Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan hanya travel agent yang berdaftar boleh memohon visa. Lawat laman web kedutaan Saudi untuk lihat senarai syarikat yang boleh buat visa umrah.
Harga visa adalah RM200 telah ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi (lihat sendiri laman web kedutaan Saudi).
Tetapi melalui agen harga jadi RM300. Kira RM100 tu kos upahlah. Takpelah..halal!
Mengikut pengalaman, big companies memang tak nak ambil urusan visa sahaja. Rata-rata akan suruh kita ambil dengan pakej umrah sekali. I guess that’s how they make money.
Cuba tanya beberapa travel agent yang nak ambil urusan visa.
Google saja “umrah visa application”, banyak info akan keluar. Untuk e-mail dan no telefon sila Google ya.
Hubungi dan bincang dengan travel agent. Nyatakan jadual anda, tarikh penerbangan dan hotel. Lepas setuju, tempah penerbangan dan hotel.
Berikan mereka dokumen lawatan (tempahan penerbangan dan hotel), buku vaksinasi, surat nikah yang telah disahkan, surat beranak, dan apa-apa membuktikan mahram pun boleh. Mahram lelaki boleh bawa mahram perempuan berapa banyak yang boleh, tak jadi masalah.
Oh ya, kalau umur jemaah wanita lebih dari 45 tahun kalau tak silap tak perlu mahram lagi, but can travel with trusted companion (untuk pengesahan, sila tanya travel agent yang uruskan visa anda).
Visa siap paling cepat dalam masa 3-7 hari. Pernah buat visa siap dalam masa 3 hari je. Untuk trip kali ni siap seminggu. Alhamdulilah!
Seterusnya, mari cerita tentang penerbangan.
3. Penerbangan
RM2800 seorang pergi balik. KUL➡️MADINAH➡️JEDDAH➡️KUL.
Harga tiket dalam RM2800++ untuk perjalanan pergi bali KL-Madinah-Jeddah-KL dengan Saudi Airlines. Check-in baggage 23kg seorang.
Kalau nak murah boleh amik Airasia atau Flynas. Harga lebih murah, tapi tak ngam dengan travel plan kitaorg.
Ada dengar boleh dapat tiket pergi balik RM600 KL-Jeddah. Kalau tempah masa promosi mungkin boleh, tapi Airasia mendarat di Jeddah.
Kena ambil teksi pula dari Jeddah ke Madinah dalam 4 jam. Leceh sikit la.
Tapi saya diberitahu November nanti Airasia akan buat penerbangan terus ke Madinah dari Kuala Lumpur.
Saya memang syorkan untuk pergi ke Madinah dulu sebelum Mekah. Ada beberapa sebab saya minat pergi ke Madinah dulu sebelum ke Mekah. Antaranya:
a. Urusan imigresen di Madinah lebih teratur, kemas dan pantas.
Lapangan terbang Madinah pun baru, selesa dan cantik. Orang-orang imigresen Madinah pun lembut dan baik-baik belaka. Jarang saya dengar ada masalah di lapangan terbang Madinah.
Di Riyadh atau Madinah kita tak bertempur dengan jemaah umrah seluruh pelusuk dunia. Jadi lebih senang dan teratur.
Saya pernah terus ke lapangan terbang Madinah, memang senang, teratur dan tak menunggu lama.
Paling teruk, masuk ikut Jeddah. Di sini memang kena tunggu berjam-jam untuk urusan imigresen.
Kalau kita umrah DIY boleh gerak terus, tapi kalau umrah rombongan, memang kena tunggu 30-40 orang lepas semua baru boleh gerak. Kalau seorang ambil masa 5 minit, kiralah sendiri berapa lama untuk 30-40 org.
Campur lagi pegawai dia sembang, main telefon, break for solat, tukar shif, dan lain-lain. Jadi memang umrah rombongan kita akan sentiasa tunggu-tunggu orang.
b. Persediaan diri sebelum memulakan umrah.
Kalau terus ke Madinah kita tak payah pakai kain ihram terus, hanya pakai baju biasa.
Di Madinah, kita boleh mentally prepared dan banyak-banyak sembahyang taubat dan minta segala urusan dipermudahkan.
Kita juga nak biasakan diri dengan cuaca, situasi, persekitaraan, jetlag dan cara-cara nak berurusan dengan orang ramai dan orang Arab. Jadi taklah cultural shock sangat apabila di Madinah. Sedikit sebanyak adapt di tempat asing.
Untuk trip ini saya ambil penerbangan Kuala Lumpur-Madinah, Madinah-Jeddah dan Jeddah-Kuala Lumpur. Memang sengaja design macam ini utk jimat kos dan tak patah-patah balik. One way round.
Kuala Lumpur-Madinah (connecting via Riyadh)
Penerbangan SV833 berlepas pada 3 petang dan tiba di Riyadh (King Khalid International) 7 jam 50 minit kemudian. Kiranya sampai 5.50 petang waktu tempatan di Saudi. Kapal terbang selesa dan makanan disediakan.
Paling best dekat bahagian belakang pesawat ada disediakan surau kecil untuk lelaki dan perempuan. Air wudhu’ boleh di tandas, lagi bagus bawa botol spray air.
Selepas mendarat, kami berjalan mengikut arah ke imigresen. Di lapangan terbang Riyadh, urusan imigresen pantas dan teratur. Pegawai imigresen tanya soalan prosedur dan soalan wajib.
Pegawai imigresen: “For omra sir?”
Me: “Yes sir, Insyaallah.”
Stamp passport dan terus jalan ke bahagian baggage belt. Lepas ambil beg kami terus berjalan ke terminal domestik untuk masuk boarding area. Jalan tak jauh, sebelah menyebelah je domestik dan antarabangsa.
Di lapangan terbang Riyadh, rehat dalam 3 jam di sana dan kemudian ambil penerbangan 8.55 malam ke Madinah. Penerbangan lebih kurang 1 jam 35 minit dari Riyadh ke Madinah. Just nice untuk ambil beg dan rehatkan otot-otot yang tegang lepas long flight.
Adalah menjadi satu rutin bila saya travel dan sampai airport yang saya pertama kali jejaki untuk bertenang dan tak kelam kabut nak jalan laju-laju.
Biasanya saya akan bergerak perlahan-lahan dan duduk sebentar untuk perhatikan situasi sekeliling.
Familiarize ourself with signboards, perhatikan orang ramai bergerak ke mana dan jangan tergopoh gapah atau terkejar-kejar tak tentu hala. Jangan kelam kabut, relaaaax!
Tip:
1. Buat tempahan berbilang bandar di laman web Saudi Airlines. Tempah Kuala Lumpur-Madinah-Makkah-Kuala Lumpur. Kalau nak lagi pilihan, buat flexible dates dan laman web ini akan susun ikut harga. Bolehlah kita tengok harga tiket penerbangan.
2. Kalau harga agak mahal, pecahkan kepada dua trip. Trip satu, KL-Madinah-Jeddah-KL dan trip dua, one way flight Madinah to Jeddah.
Super tips: Cuba tempah guna riyal kalau nak murah! Tempah guna RM kadang-kadang harga jauh lebih tinggi sebab dia convert currency terus.
Sampai Madinah (Mohammad Bin Abdulaziz Airport) dalam pukul 10.30 waktu tempatan. Sebab penerbangan domestik (Riyadh-Madinah), di sini tak perlu immigration clearance.
Ambil beg dan terus cari teksi. Compose, relax, oriented yourself. Jangan kelam kabut dan tergopoh-gapah tak tentu pasal. Jangan bagi malu orang Malaysia.
4. Teksi (lapangan terbang Madinah ke hotel)
40 Riyal Uber, 60 Riyal teksi.
Lepas ambil beg, kami terus menuju keluar dan cari teksi untuk ke hotel. Kami disapa beberapa teksi sapu dan teksi rasmi yang menawarkan harga bermula 100 riyal.
Apabila dikerumuni oleh pemandu-pemandu teksi, tenang sahaja dan kelam kabut. Deal with drivers one person at a time.
Lepas nego dari 100 turun ke 60 riyal. Di sini skill nego memang kena ada sebab diorang mark-up dengan harga tinggi.
Nak nego dalam bahasa apa? Basic English. Again don’t under estimate them, berlapang dada dan jangan kelam kabut.
Perbualan tipikal yang diringkaskan:
Pemandu Teksi (PT): Assalamualaikum brother, teksi?
Saya: Waalikumussalam, how much?
PT: 100 riyal to Haram?
Saya: No 100 riyal, 50 riyal!
PT: No 50 riyal, 60 riyal please.
Saya: Ok, khalas! Hotel Holiday Villa please.
PT: OK, lets go!
Pemandu teksi pun tunjuk teksi di tempat letak kereta, kami ikut sampai teksi. Kereta GMC, boleh tahan…
Bargaining power sebenarnya pada kita sebab pilihan teksi sangat banyak, lepas tak deal dengan seorang driver, driver lain akan terus cucuk jarum dan mula dengan harga lagi rendah.
Supply more than demand, so no worries.
Kalau ada data roaming, boleh guna Uber lagi senang. Kereta baru dan harga memuaskan dalam 30-40 riyal. Sebab tak ada internet, kami setuju dengan harga tawar 60 riyal. Khalas!
Sampai hotel terus check in, mandi, tukar baju dan terus ke masjid utk solat jama’ Maghrib dan Isya’. Lepas tu balik hotel dan tidur.
Rehat-rehat dulu, bagi badan rehat cukup-cukup lepas long flight.
Jangan kelam kabut sangat sebab ada banyak lagi hari nak tempuh. Kesihatan kena jaga dan kalau sakit demam, semua pun susah. Slow slow.
Lepas solat jama’ Maghrib dan Isya’ di Masjid Nabawi, ucap salam pada Rasullullah dan kami balik hotel dulu dan rehatkan badan. Subuh dalam 4.30 pagi.
Set jam 3.30 pagi dan bergerak ke masjid setengah jam lepas itu.
Selepas Subuh, kami habiskan masa dengan mengaji al-Quran sehingga jam 6 pagi. Kalau nak balik bilik pun tak tau nak buat apa sebab sarapan di hotel mula pukul 6 pagi. Keluar masjid tengok-tengok dah terang. Waktu ni payung tengah nak tutup.
Suasana Subuh di Madinah sangat menenangkan jiwa. Suasana di Madinah memang tenang dan best.
Kami balik hotel untuk sarapan yang berlangsung dari 6 hingga 10 pagi. Lepas sarapan, rehat, dan dalam pukul 10 datan semula ke masjid untuk solat Dhuha. Lepas Dhuha aktiviti bebas. Tapi kami jadikan hari pertama untuk banyakkan berehat setelah letih travel seharian.
Dalam perjalanan balik ke hotel ada banyak kedai tepi jalan yang jual barang-barang macam jubah, selipar, unta yang menyanyi, sejadah, dan lain-lain. Barang keperluan umrah pun ada dijual di sini.
5. Hotel
RM 442 satu malam termasuk sarapan.
Hotel kita boleh tempah berbulan sebelum kita pergi. Untuk trip kali ni saya tempah melalui Agoda.com, trip sebelum ini melalui Hotels.com.
Take your time to find the most suitable with your budget and requirements. Huge selections with variety plus and minus.
After my research, i decided to stay at Holiday Villa Hotel based on reviews via Tripadvisor. Saya tempah Holiday Villa yang berharga RM442 satu malam untuk 4 malam.
Hotel ini sangat dekat dengan masjid, kurang 100 meter. Dekat dengan pintu masuk wanita.
Isteri memang tak merungutlah kali ini berbanding hotel sebelum ini. Dekat dengan pintu masuk wanita dan dekat dengan pintu masuk Raudhah. Sangat mudah.
Lif banyak dan bilik sangat selesa. Wifi pula laju.
Kalau nak lagi murah, boleh ambil hotel lain. Ikut bajet masing-masing. Kalau kongsi ramai-ramai boleh kurangkan kos. Atau minta tilam lebih. Customize ikut keperluang masing-masing.
Ada juga hotel yang tawar apartmen 2 bilik. Saya cadangkan untuk baca review di Tripadvisor. You pay what you want.
Takkan nak bayar murah tapi dapat layanan 5 star kot. You get what you pay for. So be reasonable.
5a. Hotel Madinah (Holiday Villa)
1. Bilik hotel
Hotel ni saya kategorikan dalam midrange budget hotel. Nak dapat low budget dalam sekitar RM100-300 pun ada, tapi jauh dan tak berapa selesa. Ikut keperluan sendiri.
Harga bilik termasuk buffet breakfast. Ada juga pilihan tempah bilik tanpa sarapan. Lagi murah. Tapi kami malas nak peningkan kepala, sarapan kita ambil di hotel, tengah hari dan makan malam kami makan luar.
Hotel ni bagi saya sangat berbaloi dan selesa. Bukak website tripadvisor untuk baca review penginap-penginap hotel-hotel di sini.
Setakat ini hotel ini adalah yang paling baik untuk midrange budget.
Kalau high range hotel boleh sampai RM1500 semalam dan jarak pun tak jauh dari Holiday Villa. Cuma lintas jalan dah sampai ke hotel high range.
2. Luas dan selesa
Ruang bilik yang sangat selesa, luas dan ada ruang tamu, tv, fridge dan lain-lain yang kita biasa jumpa di hotel.
Ada hotel yang jauh lagi murah. Tapi kami pilih yang selesa sikit dan review bagus di Tripadvisor.
3. Kelengkapan
Canggih pula hotel ni siap ada touch screen bagai. Bilik pun bersih, servis tip top dan mudah utk check in.
Lif sgt banyak dan tempoh menunggu tak sampai 30 saat in peak hours. Puas hati. Bell boy pun friendly.
4. Bilik air
Mid range hotel ada bath tub, power shower, hair dryer dan lengkaplah segala macam.
Tip: Tinggalkan pasport, wang tunai dan barang berharga dalam safety box di hotel. Jangan sesekali bawa pasport atau duit berlebihan untuk tujuan keselamatan.
(Ikuti bahagian 2 di sini.)
Setelah mendapat banyak permintaan, Tuan Adaha merangkumkan pengalaman Umrah DIY beliau dalam sebuah e-book. Ia boleh didapati di Payhip atau Maybank transfer (rujuk nota akhir) pada harga RM10. RM5 akan disalurkan ke rumah-rumah kebajikan anak yatim sekitar Lembah Klang manakala selebihnya untuk menampung kos operasi webhosting, Paypal dan Payhip.