Kerajaan akan memansuhkan kaedah ‘Rule of 78’ (Peraturan 78), yang terkandung dalam Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Sewa Beli 2025, sistem kadar faedah ‘flat-rate’ (kadar tetap) yang diguna pakai sekarang.
Kaedah lama itu akan digantikan dengan dengan ‘sistem baki berkurangan’ (reducing-balance).
Memetik Berita Harian, laporan analisis oleh BIMB Securities Research menyatakan sistem baki berkurangan yang baharu ini dianggap lebih adil.
Ini kerana peminjam kini hanya akan membayar faedah ke atas baki pinjaman yang masih tinggal.
Bahagian penyelidikan itu menjelaskan bahawa rangka kerja baharu itu memberikan penjimatan ketara buat peminjam yang memilih tempoh lebih pendek atau membuat pembayaran awal.
Dalam pada itu BIMB Securities Research menjangkakan pengguna akan bertukar kepada model kereta bernilai lebih rendah.
“Ini dijangka menguntungkan jenama nasional seperti Proton dan Perodua yang menguasai segmen nilai itu,” katanya.