Setiap kali musim perayaan tiba, bukan sahaja kenderaan memenuhi atas jalan raya. Bahkan sampah-sarap turut penuh ditinggalkan oleh pengguna lebuh raya.

Baru-baru ini tular gambar menunjukkan jalan utama untuk menuju ke Kelantan, Lebuhraya Kuala Lumpur – Gua Musang dipenuhi dengan sampah-sarap di sepanjang tepi jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kekotoran itu membuatkan warganet tertanya-tanya mengapakah perkara itu berlaku setiap kali perayaan dan ia terus terjadi sejak beberapa tahun lalu.

Walaupun pihak berkuasa sudah memberi amaran, namun para perantau tidak memperdulikannya.

Mereka seolah-olah tidak ambil kisah dengan pencemaran alam sekitar dan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Tambah netizen lagi, agak pelik mengapa pengguna lebuhraya itu tidak boleh ‘menyimpan sekejap’ sampah-sampah yang mereka buat, sebelum membuangnya ke tong sampah apabila sampai di stesen minyak atau R&R.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengeluarkan amaran bahawa mana-mana pengguna jalan raya yang didapati membuang sampah dari kenderaan boleh didenda hingga RM2,000 atau penjara maksimum enam bulan, petik Sinar Harian.

Dalam pada itu, ada netizen menyarankan pihak berkuasa memasang CCTV di sepanjang laluan tersebut untuk mengesan pengguna lebuhraya yang pengotor.

Andaikata ada pengguna lebuhraya ditangkap membuang sampah merata-rata, tindakan tegas boleh diambil terhadap pesalah, sekaligus dapat dijadikan taulan kepada orang ramai.