Pihak Les Copaque tampil dengan memberikan penjelasan ringkas bahawa animasi Upin & Ipin sememangnya asli asal dari Malaysia.
Ini berikutan ada pihak yang mendakwa bahawa Upin Ipin adalah asal Indonesia.
Menurut individu tersebut, Upin Ipin adalah karya animator daripada Jakarta dan Bandung di Indonesia.

Namun menurut lelaki itu, hak lesen dan jenama melibatkan setiap watak dalam Upin Ipin sudah dibeli oleh syarikat animasi dari Malaysia.
Perkara tersebut menimbulkan banyak perdebatan di media sosial. Di mana netizen di kedua dua buah negara rata rata yakin bahawa animasi Upin Ipin itu asal Malaysia.
Perkara itu turut menarik perhatian Les Copaque sendiri. Syarikat yang menjadi pengasas kepada animasi tersebut. Dan mereka mengesahkan bahawa animasi Upin & Ipin adalah milik mereka, syarikat asal Malaysia.
Les Copaque menulis di Threads: “Animasi Upin & Ipin adalah sepenuhnya hak cipta dan karya Les’ Copaque Production”
Dalam satu lagi hantaran yang dibuat menerusi akaun rasmi Upin & Ipin, bertulis: “Sudah tentulah Upin & Ipin dari Malaysia. Kitaorang anak Malaysia.”

Netizen turut mencadangkan agar Les Copaque mengambil tindakan ke atas pihak tersebut. Ini kerana dakwaan yang dibuat oleh mereka boleh mengundang salah faham.
Salah seorang netizen Indonesia sendiri kecewa dengan ‘claim’ yang dianggap tidak masuk akal itu. Netizen tersebut berkata: “Kami di sini semua tahu kalau Upin & Ipin itu memang aslinya dari Malaysia. Malah kami selalu bercanda dengan sahabat dari Malaysia yang datang ke Malaysia dengan bertanya tentang apa khabar Upin & Ipin?”