Uqasha Senrose mengakui kesilapannya ketika mempromosi konsert artis Bollywood iaitu Hrithik Roshan di tengah tengah konflik Israel-Palestin.

Dia dituduh tidak sensitif dan memuat naik status mengajak orang berhibur tak kena tempat dan masa. Dan dia dituduh sebagai liberal.

Baca Juga:

Uqasha pantas memadamkan hantaran tersebut sebaik sahaja dikritik dan mengakui kekhilafannya, lalu meminta maaf secara terbuka.

Menerusi saluran Instagram miliknya, pelakon jelita itu berkata: “Saya dah pun pada hantaran tersebut dan mahu meminta maaf. Bukan kerana saya tak sensitif tentang isu semasa. Yang salah tetap salah,” tegas Uqasha.

Uqasha turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menegurnya. Sambil menyatakan bahawa dia bukannya langsung tak ambil pusing tentang apa yang berlaku di Gaza.

“Saya hendak memperbetulkan salah faham, saya ada menyebarkan kesedaran tentang isu di Palestin. Setiap hari saya berkongsi dan ambil tahu. Tetapi konten itu kena ‘remove’ [oleh pihak Meta].”

Uqasha Senrose turut menegaskan bahawa dia tidak boleh memuaskan hati semua orang, namun dia sudah melakukan tanggungjawabnya termasuk memboikot produk berkaitan Israel serta membuat sumbangan membantu Palestin.

“Rasanya tak perlu untuk saya beritahu semua orang,” tuntas Uqasha lagi. Dia menafikan bahawa dia seorang liberal atau mengambil pendirian neutral dalam isu kemanusiaan di Gaza.

Uqasha Senrose mengakui dia khilaf tentang konsert Hrithik Roshan itu kerana dia seorang peminat tegar Bollywood sehingga dia lalai.

Namun dia sedar dengan kesilapannya ketika dia mendapat teguran secara baik daripada orang ramai.

Uqasha Senrose juga mendedahkan sebenarnya dia sudah menerima tiket percuma daripada penganjur, dan dia hanya menjalankan tugasnya untuk mempromosikan konsert tersebut.

Dia sudah memaklumkan kepada penganjur bahawa dia telah memadamkan hantaran tersebut.