Seorang usahawan kosmetik mendakwa berlaku penyelewengan wang dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) oleh sebuah sekolah kebangsaan di Kedah yang membabitkan jumlah keseluruhan mencecah RM16,000.

Pengusaha kosmetik, Auni Nazmi Azhar berkata kejadian berlaku pada tahun lalu ketika beliau memegang jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) PIBG sekolah berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harian Metro

Beliau menceritakan lanjut tentang kejadian penyelewengan oleh pihak pentadbir sekolah sebanyak dua kali yang membuat pengeluaran wang dana PIBG masing-masing  berjumlah RM10,000 dan RM6,000 antara September hingga Oktober lalu.

Difahamkan beliau telah menanyakan tujuan pengeluaran wang dana tersebut dan dimaklumkan berkaitan pembangunan infrastruktur oleh pihak sekolah. Sebaik diminta kemukan kerja kertas, pihak sekolah didapati gagal menyerahkannya apabila mahu ditandatangani oleh pengusaha kosmetik  di sekolah itu.

Selepas itu, pihak pentadbir hanya memulangkan sebahagian wang berjumlah RM10,000 walaupun diminta untuk memberi jumlah keseluruhan.

Bahkan, pihak sekolah juga menyediakan kertas kerja yang bercanggah dengan tujuan asal pengeluaran iaitu pembelian baju dan bayaran bas bagi program team building guru yang tidak melibatkan murid sekolah pada mesyuarat PIBG Januari lalu.

Mengulas lanjut dalam sidang media di syarikat guaman HWAM hari ini, Auni berkata PIBG meminta pihak pentadbir sekolah memulangkan semula wang berkenaan dan setakat ini pentadbir sekolah hanya memulangkan wang sebanyak RM10,000. 

Berikutan itu, katanya, beliau membuat laporan kepada pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selain tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya tiada tindakan lanjut diambil.

Beliau mengambil tindakan tegas kerana mahu pihak pentadbir memulangkan semula wang RM6,000 yang sepatutnya digunakan bagi pembangunan dan pendidikan murid serta berharap kejadian sama tidak berulang.

Malah, beliau meluahkan rasa bimbang akan nama baik dan syarikat yang mungkin terjejas dek salah laku pihak pentadbir sekolah. Beliau merasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini kerana memegang amanah diberikan oleh ibu bapa yang terdiri daripada golongan B40.

Sementara Datuk Wan Azmir Wan Majid, Pengarah HWAM berkata anak guamnya memberi tempoh dua minggu kepada pihak sekolah, JPN dan KPM untuk memberi maklum balas berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, beliau berharap agar kes terbabit dapat diselesaikan secara baik. Sebagai konklusinya, kita mestilah bertanggungjawab dan bersikap jujur dalam melaksanakan amanah yang diberikan lebih-lebih lagi melibatkan masyarakat.0