Buat anda yang terlepas mendapatkan koleksi Vans x Kide Baharudin yang sold out sebelum ini, jangan terlepas untuk mendapatkannya kerana Vans Malaysia telah restock koleksi ini sempena pameran khas Kide Baharudin di galeri TUN PERAK Co-op.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pameran Pe’el by Kide Baharudin ini bermula hari ini (17 Julai 2020) sehingga 26 Julai 2020 di mana Kide akan memperlihatkan kepada orang ramai karya lukisan beliau yang diilhamkan daripada suasana hidup kampung sekitar tahun 1960an dan 1970an.

Vans telah melancarkan koleksi penuh bersama Kide pada bulan Mei 2020 yang lalu di mana koleksi ini mendapat sokongan yang menggalakkan daripada peminat Vans di malaysia apabila koleksi ini sold out beberapa hari sahaja selepas ia dilancarkan.

Jadi, ini satu lagi peluang anda anda untuk mendapatkan koleksi ini pada harga pasaran. Selepas beli, sarungkannya dan pergi melawat pameran Pe’el by Kide Baharudin di galeri TUN PERAK Co-op. Jom!

Butik Outlet Store pertama Vans di Malaysia juga telah dibuka di JPO. Klik pada pautan di bawah untuk info lanjut.

Outlet Store Pertama Vans Kini Dibuka Di Johor Premium Outlets

Vans Umum Koleksi Global Khas Bersama Artis Dari Kuala Pilah, Kide Baharudin

Vocket Review: Vans x Kide Baharudin, Koleksi Anak Jati Kuala Pilah Yang Mantap