Semalam tular sebuah video yang memaparkan seorang pemandu bas wanita sempat bermadu kasih dengan seorang lelaki yang dipercayai juga staf perkhidmatan bas tersebut berdasarkan baju yang dipakainya.
Hal tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan susulan itu, penumpang lain yang duduk di belakang tempat duduk pemandu bas menegaskan apa yang tular adalah fitnah.
Baca Juga:
- Isu Culas Bayar KWSP Pekerja, Shuib Nafi Tuduhan Hidup Mewah Oleh Netizen
- Sky Dining Sambil Nikmati Sunset, Ini Sebabnya Anda Perlu Kunjungi 1-Altitude Melaka
- Pasangan Lesap Di Hari Pernikahan, Pengantin Lelaki Ini Kecewa Ditipu Dan Rugi RM30,000
Menurutnya, dia dan suami saksikan sendiri staf lelaki itu bukanlah bercumbu seperti dakwaan tetapi membetulkan kotak radio yang berada pada tempat duduk pemandu bas.
FITNAH !
Menjawab la korang nanti dekat akhirat. https://t.co/elWn1gkOIw pic.twitter.com/j3WBA6790R
— J E Y (@anisjey) November 14, 2023
Menjawab dakwaan perjalanan mengambil masa lebih lama, wanita tersebut mengatakan bas konduktor telah maklumkan kepada penumpang bahawa berlaku kesesakan lalu lintas dan hujan lebat juga menjadi faktor lambat tiba ke destinasi.
Tambahnya, pemandu wanita tersebut dipercayai baru sahaja bekerja dan pekerja lelaki itu banyak membantunya sepanjang perjalanan.
Wanita itu berasa kesal kerana ada individu yang menabur fitnah sedangkan itu bukanlah hal yang terjadi. Hasil tinjauan kami mendapati, akaun pemilik video mungkin telah dipadam.