Penyerang sensasi muda negara di Jepun, Luqman Hakim Shamsudin nyaris merekodkan gol pertama beliau bersama kelab YSCC Yokohama apabila diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke 70 dalam saingan divisyen 3 Liga Jepun.

Menerusi rakaman video yang tular di laman X, Luqman sepatutnya menyudahkan peluang keemasan dalam situasi gawang sudah terbuka luas namun rembatannya tersasar ketika YSCC Yokohama ketinggalan 4-1 menentang FC Gifu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kegagalan menyempurnakan peluang terhidang menyebabkan beliau terbaring meluahkan kekecewaan yang menyaksikan pasukannya tewas 5-1 selepas tamat 90 minit perlawanan.

Peminat bola sepak tempatan turut melemparkan pelbagai kritikan di media sosial mengenai prestasi semasa pemain yang berasal dari Kota Bahru, Kelantan itu.

Ini merupakan penampilan keenam Luqman dalam saingan liga divisyen 3 Jepun dan kini telah mengumpulkan 105 minit permainan sejak menyertai pasukan itu bulan Januari lepas.

Sebelum ini, timbul khabar angin kononnya beliau tidak lagi beraksi di Jepun selepas kelibatnya tidak kelihatan bersama kelabnya sama ada dalam sesi latihan mahupun perlawanan.

“Saya masih dengan YSCC Yokohama, berlatih seperti biasa. Sebenarnya saya ada kecederaan kecil sebelum ini, saya kena berehat untuk pulihkan kecederaan.

“Bulan lalu (Julai) pula, di Jepun ini dah musim panas dan di sini, bila panas memang panas betul. Jadi liga (liga divisyen tiga) di sini berhenti sekejap, macam liga berehat sekejap untuk sebulan.

“Walaupun liga berehat sekejap, tapi saya berlatih macam biasa. Hari-hari berlatih dengan rakan sepasukan lain.

“Cuma kalau gambar saya tak ada dalam laman sosial kelab (gambar ketika berlatih), itu tak bermakna saya dah tak ada dengan pasukan.

“Dekat kelab ramai pemain termasuk pemain import, takkah lah hari-hari kelab nak ‘upkan’ (muatnaik) gambar saya dekat sosial media. Jadi dakwaan kata saya macam-macam tak betul,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain Luqman, ada seorang lagi pemain Malaysia beraksi di Jepun iaitu Muhammad Abu Khalil yang menyertai Osaka FC secara pinjaman dari Selangor FC.