Baru-baru ini, tular sebuah video yang  menyayat hati ramai menerusi pelbagai media sosial apabila rakaman video seorang gelandangan yang tidak berdosa dilayan bak binatang di sebuah lokasi.

Menerusi video yang tular, kelihatan sosok seorang lelaki yang sedang tidur di sisi pejalan kaki di sebuah premis bangunan.

Pada awalnya, seorang pengawal keselamatan wanita telah membuka paip lalu dihalakan kepada lelaki gelandangan itu.

Ekoran disiram, lelaki itu lantas bangun dalam keadaan terpinga-pinga mungkin kerana terkejut dan duduk seketika.

Secara tiba-tiba, datang seorang lagi lelaki dari arah tepi dan langsung menendang lelaki tersebut bersama plastik dan barang miliknya dengan niat untuk menghalaunya.

Tidak cukup berbuat kasar, dia langsung mengambil hos air dan meluncur air ke muka lelaki gelandangan itu sambil menghalau dengan percakapan.

Video itu bukan sekadar meruntun hati ramai netizen malah yang menonton video tersebut langsung meminta orang awam untuk berkongsi video itu sampai diketahui oleh pihak berkuasa dan menerima tindakan sewajarnya atas perbuatan tidak bermoral itu.

Video: Gelandangan Ditendang Dan Disiram Air Di Laluan Pejalan Kaki Ini Raih Perhatian Ramai
Sumber Gambar: FB
Video: Gelandangan Ditendang Dan Disiram Air Di Laluan Pejalan Kaki Ini Raih Perhatian Ramai
Sumber Gambar: FB

Boleh klik di sini untuk lihat video penuh.