Video Natxo Insa berlari dan menyepak petugas perubatan yang lambat bertindak untuk menyelamatkan Jairo menjadi perhatian antarabangsa.

Ketika aksi antara Al Ahli menentang JDT, petugas medikal yang disediakan hos kejohanan dilihat saling mengarah antara satu sama lain untuk pergi ke arah Jairo.

Jairo mengalami kecederaan serius selepas disepak oleh Al Majhrasi dengan libasan gunting di tengah padang.

Staf kejurulatihan dan pemain JDT meminta petugas perubatan atau ‘medic’ yang ada di tepi padang untuk bergegas masuk. Namun mereka hanya duduk dan mengarahkan rakan serta petugas lain yang masuk.

Mereka juga dilihat menunjuk ke arah petugas medikal JDT yang sudah masuk merawat Jairo. Namun begitu, Jairo masih memerlukan bantuan kecemasan yang lebih banyak.

Akhirnya Natxo Insa meluru dan menyepak salah seorang petugas medikal dan terus mencapai pengusung dibawa ke arah Jairo.

Tindakan itu menarik perhatian peminat antarabangsa. Ini termasuk peminat di Saudi sendiri.

NassrXtra menulis: “Di dunia apa ni, apabila petugas paramdeik cuma duduk dan 20 orang antara mereka cuma memberikan isyarat kepada satu sama lain untuk membantu pemain?”

Ada yang melabel bahawa: “Petugas medikal sepertinya mereka penyokong Al Ahli.”

Seterusnya peminat mempersoalkan, adakah petugas medikal penganjur benar benar cakna tentang bantuan kecemasan?

Seorang peminat dari Saudi menulis: “Kenapa dingin sangat respon daripada paramedik? Apa sebenarnya kegagalan yang berlaku daripada pihak mereka?

“Pasukan seperti ini yang langsung tidak mengambil berat tentang nilai kemanusiaan tidak sepatutnya lagi berada di tempat seperti ini.

“Saya seorang yang cintakan negara dan mahu mencerminkan imej yang baik melalui tindakan serta inisiatif kemanusiaan kami.

“Dan pihak berkuasa dan atasan kami sentiasa menyokong segala usaha kemanusiaan.”

Yang lain menyatakan bahawa: “Respon kecemasan daripada pihak penganjur sangat mengecewakan sedangkan kecederaan itu adalah kecederaan mengancam nyawa.”

Seorang peminat di Reddit berkata: “Satu kekalutanek yang sangat teruk daripada pasukan perubatan tuan rumah atau penganjur.

“Saya baru tengok semula insiden itu. Kecederaan berlaku pada minit 36:00. Jurulatih perubatan Al Ahli sampai dulu, 12 saat kemudian pada 36:12, dan pasukan perubatan JDT menyusul satu atau dua saat selepas itu.

“Ia mengambil masa sehingga 36:45 untuk pasukan medik venue dan pembawa pengusung tiba, walaupun jurulatih JDT dan Ahli terdesak melambai-lambai meminta bantuan.

“Pada ketika ini, salah seorang staf perubatan JDT kelihatan sangat marah kepada salah seorang medik penganjur, seperti hampir hilang kawalan.

“Pasukan JDT masih lagi memberi isyarat dan melambai ke arah seseorang pada ketika itu, mungkin memanggil ambulans, tapi tidak begitu jelas.

Hanya pada minit 39:47 barulah pasukan medik lapangan/venue membawa pengusung keluar dari padang dan kemungkinan selepas itu menuju ke ambulans.

“Tabik hormat kepada staf perubatan Al Ahli yang terus berlari masuk ke padang sebaik sahaja melihat apa yang berlaku tanpa menunggu sesiapa.

“Tapi serius, apa sebenarnya yang dilakukan oleh pasukan medik venue? Apa yang mereka tunggu? Ini memang tugas utama mereka!”