Tular satu video mengejutkan yang memaparkan seorang pemain bola sepak dari Indonesia tumbang selepas disambar petir ketika sedang beraksi di atas padang di Stadium Siliwangi, Bandung.
Pemain berkenaan, Septain Raharja dilaporkan masih bernafas selepas insiden berkenaan dan sempat dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia akibat melecur teruk.
Baca Juga:
- Bojan Hodak Beri Sebab Mengapa Persib Tandatangani Kevin Ray Mendoza
- Lihat Bagaimana Ribut Petir Dan Angin Kencang Ini Hampir Ragut Nyawa 8 Sekeluarga
- Ini Bukti Malaysia Adalah Negara Yang Terkesan Dengan Impak Perubahan Iklim
Ini adalah kali kedua insiden seumpama itu melanda bola sepak Indonesia sepanjang 12 bulan lalu.
Indonesian Soccer Player Septain Raharja Dies After Being Struck By Lightning During Match 👀
— 1776 (@TheWakeninq) February 12, 2024
Menurut laporan media tempatan, seorang saksi yang ditemu bual menjelaskan insiden itu berlaku ketika berlangsung satu perlawanan persahabatan antara 2 FLO FC Bandung menentang FBI Subang sekitar 3 petang waktu Indonesia.
Semasa kejadian, keadaan cuaca di sekitar bekas stadium keramat Persib Bandung itu masih cerah dan belum hujan.
Bagaimanapun, dia berkata, keadaan langit sedikit mendung mula dilihat tidak jauh dari lokasi stadium.
Insiden sambaran petir pertama berlaku ketika perlawanan sudah berlangsung selama 15 minit. Namun, pada waktu itu, ia tidak menyambar ke arah padang sebaliknya hanya mengenai alat perangkap kilat.
Kemudian, berlaku sambaran petir kedua yang mengakibatkan pemain kedua-dua pasukan terkejut dan tertiarap di atas padang. Dan ada juga yang melarikan diri mencari tempat berlindung.
Tetapi Septain Raharja masih terbaring seterusnya dibawa ke tepi padang. Saksi juga menyatakan mangsa mengalami luka hitam kemerahan di bahagian dada manakala but yang dipakainya juga didapati terbakar.