Ketika Sepanyol memenangi segalanya dalam bola sepak dan memperkuatkan lagin pasuka pembangunan mereka, di England, pemain pemain muda mereka pula bergaduh dan membuli sesama sendiri.

Tular video, didakwa melibatkan skuad B-16 Egland. Di mana ada pemain yang menyerang dan membuli rakan sepasukan.

Yang lain pula merakam dan menyabarkan video tersebut kepada umum. Tidak ada seorang yang cuba meleraikan atau membantu rakan mereka yang dicekik dan dihempas.

Pengguna X bernama J Stewart berkata:

“Ini benar-benar rakaman yang memalukan membabitkan skuad remaja England ketika menjalankan tugasan bersama pasukan kebangsaan.

“Di dalam sebuah bilik hotel, beberapa pemain dilihat bertindak ganas terhadap rakan sepasukan mereka dalam insiden yang pada pandangan awal kelihatan seperti perbuatan membuli.

“Seorang pemain dikunci, bergelut dan dihempas ke lantai, manakala pemain lain hanya berdiri, ketawa serta merakam kejadian itu dengan telefon bimbit tanpa cuba menghalangnya.

“Ini bukan sekadar gurauan sesama rakan atau insiden biasa. Mereka memakai pakaian rasmi England ketika mewakili negara, namun berkelakuan seperti itu. Kejadian ini kelihatan amat buruk dan mencemarkan imej keseluruhan pasukan.

“Sepatutnya ada pihak yang campur tangan serta-merta. Tiada alasan yang boleh diberikan. Lebih menghairankan, siapa pula yang bertanggungjawab membocorkan rakaman ini sehingga tersebar kepada umum?

“Di manakah kenyataan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak England (FA)? Di manakah siasatan atau sekurang-kurangnya penjelasan mengenai apa yang sebenarnya berlaku? Sikap berdiam diri setakat ini hanya memburukkan lagi keadaan.

“Bola sepak England perlu menjelaskan dengan segera apa yang berlaku. Insiden seperti ini mencalarkan maruah lencana kebangsaan serta memberi imej buruk terhadap generasi baharu pemain. Ia sama sekali tidak boleh diterima.”