Manchester United terus jadi bahan ketawa para peminat bola sepak di media sosial apabila bumbung gelanggang rasmi mereka, Stadium Old Trafford dilaporkan mengalami kebocoran akibat hujan lebat.
Kejadian itu berlaku selepas tamat aksi menentang Arsenal yang berakhir dengan kekalahan 1-0 dan nasib mereka ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Malah, tular satu video di media sosial yang memaparkan siling bilik persalinan pasukan Arsenal turut bocor dan dilimpahi air sekaligus menjadi bualan peminat.
“Ianya sangat memalukan,” lapor laman X UtdXclusive.
The away dressing room at Old Trafford.
It's becoming an embarrassment now. pic.twitter.com/VYrtnh2Hc6
— UtdXclusive (@UtdXclusive) May 12, 2024
Rata-rata penyokong Red Devils menyuarakan rasa tidak puas hati dengan kebocoran bumbung Old Trafford yang masih belum diperbaiki sejak musim lepas.
“Stadium Old Trafford berubah menjadi air terjun,” kata @SkySportsEPL.
The Old Trafford waterfall 😳 pic.twitter.com/2Xibzh200l
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 12, 2024
Old Trafford after the roof stopped leaking. pic.twitter.com/lUsg8wQLi6
— Troll Football (@TrollFootball) May 12, 2024
“Tak sangka secara tiba-tiba Old Trafford berubah menjadi air terjun, pihak pengurusan perlu memainkan peranan untuk mencari punca kebocoran tersebut,” kata @beINSPORTS_EN.
“Jika saya tidak rakam sendiri kejadian ini, mungkin saya sendiri tak percaya Old Trafford berubah menjadi air terjun,” kata @LarryMadowo
This view too pic.twitter.com/OuPkGdgLhl
— Oʟúաaքẹ̀ʟúʍɨ (@opreciouse) May 12, 2024
Kekalahan kepada Arsenal itu menyukarkan lagi peluang United untuk bertanding di Eropah musim depan.
Anak buah Erik ten Hag mempamerkan semangat lebih tinggi berbanding ketika dibelasah 4-0 oleh Crystal Palace minggu lalu, tetapi kini hanya menang sekali dalam lapan aksi terakhir EPL.
United kekal di tangga kelapan liga, tiga mata di belakang kedua-dua Newcastle, yang akan ditemui mereka awal pagi Khamis ini dan Chelsea.