Manchester United (MU) sekali lagi dikritik hebat oleh para penyokongnya apabila tewas 0-1 kepada Arsenal di halaman sendiri.
Ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut mereka selepas tewas 0-4 kepada Crystal Palace.

Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
Walaupun skuad kendalian Erik Ten Hag itu memberi tentangan sengit namun mereka harus menerima kekalahan setelah bolos awal menerusi penyerang Arsenal, Leandro Trossard yang menolak masuk gol pembukaan pada minit ke 20.
Tersentak dengan jaringan tersebut, MU bangkit mengandakan asakan namun mereka buntu dan masih gagal menembusi benteng pertahanan Arsenal. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Memasuki babak kedua, MU bangkit dengan lebih garang dan beberapa percubaan berbahaya dilakukan namun tersasar serta mudah ditepis oleh penjaga gol Arsenal.
Segala percaturan Ten Hag tidak menjadi walaupun beberapa pertukaran pemain sudah dibuat. Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.
Manchester United has conceded in 10 consecutive games in all competitions, which is the first time they have done so since October 2021.
Additionally, the number of goals they have conceded this season, which is 82, is their highest since the 1970-71 season#AstroEPL #MUNARS pic.twitter.com/PZ136PTPFz
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) May 12, 2024
Kekalahan turut menyukarkan lagi peluang United untuk bertanding di Eropah musim depan. United kekal di tangga kelapan liga, tiga mata di belakang kedua-dua Newcastle, yang akan ditemui mereka awal pagi Khamis ini dan Chelsea.
Bagaimanapun, The Gunners kembali ke puncak liga dan terus menekan Manchester City menjelang kunjungan getir mereka ke Tottenham awal pagi Rabu ini.
Can Trossard be Arsenal’s title decider 🫡 pic.twitter.com/KCdgKuwAJO
— Stadium Astro 🇲🇾 (@stadiumastro) May 12, 2024
Skuad kendalian Pep Guardiola masih berpeluang menentukan kejuaraan secara sendirian ketika juara bertahan masih berbaki dua perlawanan berbanding Arsenal satu.
Arsenal akan menerima kunjungan Everton pada hari terakhir musim Ahad depan, manakala City melayan West Ham.