Manchester City secara rasmi muncul juara Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2023/24 buat kali keempat berturut-turut selepas berpesta gol belasah West Ham United 3-1 di Stadium Etihad.

Ini adalah kejuaraan ke-10 Man City dalam sejarah EPL selepas mengutip 91 mata dalam 38 perlawanan sekaligus menutup peluang Arsenal untuk mengejar mereka.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Pesta Man City bermula seawal minit pertama apabila Phil Foden melakukan rembatan padu dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol West Ham untuk jaringan pembukaan.

Pada minit ke-18, Foden sekali lagi menjaringkan gol kedua selepas menyudahkan hantaran cantik Jeremy Doku dari sebelah kiri dalam kawasan kotak penalti.

Jaringan itu melonjakkan semangat skuad kendalian Pep Guardiola untuk terus melancarkan serangan bertali-arus ke arah gawang West Ham United.

Bagaimanapun, benteng pertahanan Man City akhirnya dihukum pada minit ke 42 selepas sepakan gunting Mohammed Kudus menghasilkan gol pertama West Ham untuk merapatkan jurang.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama. Namun, Man City bangkit lebih garang pada babak kedua dengan deretan percubaan berbahaya dilakukan oleh Haaland dan Bernardo Silva.

Pada minit ke-59, Stadium Etihad kembali bergema dengan sorakan ribuan penyokong City apabila Rodri menjaringkan gol ketiga menerusi rembatan leret selepas menerima umpanan  Bernardo Silva.

West Ham cuba bangkit namun mereka buntu menembusi benteng pertahanan City yang mengekang setiap gerakan penyerang mereka.

Kedudukan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus mengekalkan dominasi Manchester City selaku juara EPL berturut-turut.

City juga berpeluang meraih satu lagi trofi apabila dijadualkan bertemu Manchester United di perlawanan akhir Piala FA pada hari sabtu ini di Stadium Wembley.