Manchester City tidak berdepan masalah untuk menjuarai Piala Dunia Kelab 2023 selepas menundukkan wakil Amerika Selatan, Fluminense 4-0 pada aksi final yang berlangsung di King Abdullah Sports City, Jeddah sebentar tadi.

Kejayaan itu menjadikan Manchester City sebagai pasukan keempat dari England yang berjaya menjulang trofi tersebut selepas Liverpool, Manchester United dan Chelsea.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hanya seminit permainan berlangsung, anak buah Pep Guardiola sudah mula menunjukkan belangnya apabila Julian Alvarez tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan.

Bermula daripada kesilapan hantaran Marcelo yang dipatahkan Nathan Ake membolehkan pertahanan tersebut melakukan percubaan daripada luar kawasan penalti.

Rembatan tersebut bagaimanapun terkena tiang gol lalu Alvarez yang bijak melepasi kawalan pertahanan lawan dalam kawasan penalti melakukan dadaan untuk meletakkan Manchester City dihadapan.

The Cityzens menambah jaringan kedua pada minit ke-27 selepas cubaan ketua pasukan, Nino cuba untuk mematahkan hantaran lintang Phil Foden membias terkena kakinya lalu bola masuk ke gawang sendiri.

Tersentak dengan dua gol tersebut, Fluminense cuba untuk bangkit mendapatkan jaringan tetapi Ederson Moraes cemerlang menepis tandukan Jhon Arias susulan situasi sepakan penjuru diambil Marcelo.

Jack Grealish turut terlepas peluang untuk menambah jaringan setelah percubaan padu diledakannya daripada luar kawasan penalti dinafikan penjaga gol, Fabio.

Memasuki minit ke-72, Foden menambah duka skuad kendalian Fernando Diniz hasil jaringan ketiga dihasilkannya selepas menyempurnakan umpanan Alvarez.

Tidak cukup dengan tiga jaringan tersebut, Alvarez menambah jaringan keempat buat Manchester City pada minit ke-88 apabila rembatan leretnya dalam kawasan penalti gagal diselamatkan Fabio untuk mengesahkan kemenangan 4-0 memihak mereka.

Sementara itu wakil Afrika, Al Ahly menduduki tempat ketiga selepas berjaya menundukkan Urawa Red Diamond 4-2.