Permainan video imersif dengan bom cat terbesar pertama di Asia dikenali sebagai Bomb Battle telah dilancarkan di Berjaya Times Square pada tahun lalu.

Menerima sambutan hangat, Mission Group LTD mengembangkan lagi produk tersebut dengan merasmikan Bomb Battle Elite di Atria Shopping Gallery Petaling Jaya.

Baca Juga:

@mimieyuzi

♬ Out of My League – Fitz and The Tantrums

Lebih besar dan mengetengahkan 4 jenis tarikan yang mencabar minda serta fizikal, Bomb Battle sesuai untuk anda yang mahu meluangkan masa bersama rakan-rakan atau keluarga.

4 tarikan menarik yang diketengahkan di sini adalah Misi Bom Cat, Misi Bom Serbuk, Lava Terhebat dan Arena Lawan. Saya berpeluang menjadi yang terawal untuk mencuba permainan baru di Bomb Battle Elite ini.

Sebelum anda ke sini, berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu tahu untuk berhibur bersama rakan anda. Sudah bersedia? Jom kita mulakan.

1. Aktiviti setiap tarikan  yang ditawarkan

@vocket

New attraction di Petaling Jaya! Sorang2 dah macam penyamun ! Kalini The Battle Bomb sediakan sebanyak 4 pilihan untuk korang; Paint Bomb, Powder Bomb, The Greatest Lava & Versus Arena. Nanti korang kena habiskan mission yang diorang bagi tapi janganlah datang sorang2, bawak kawan 4 hingga 15 orang haa. Harga pula serendah RM40. #vocket #vocketreview #petalingjaya

♬ original sound – vocket – vocket

Mesti anda tertanya-tanya apa yang menarik di setiap tarikan ditawarkan oleh Bomb Battle Elite ini.

Dalam Misi Bom Cat, anda akan disiram dengan cat kesan Neon FX! Menang atau GETBLASTED dengan 5 misi menarik baru yang menguji kemahiran dan kerja berpasukan anda. Alami permainan Bom Cat yang ikonik pada harga RM99 semasa waktu tidak rancak (off-peak) dan RM109 semasa waktu rancak.

Bagi Misi Bom Serbuk, anda akan bermain 5 misi baru yang mendebarkan selama 75 minit. Harga berbeza dengan kadar waktu tidak rancak pada RM119 dan kadar waktu rancak pada RM129.

Untuk Lava Terhebat, terdapat lebih 50 mod merentasi 3 tahap kesukaran, kumpulkan rakan anda yang terdiri daripada 4-12 orang dan elakkan lava mendidih bersama-sama dalam masa 20 minit. Nikmati rekreasi nostalgik ini dengan harga tetap RM40

Akhir sekali, Arena Lawan membolehkan anda dan rakan berseronok dan bertanding dalam gaya arena. Dengan kadar tetap RM40, kumpulkan pasukan sebanyak 4 hingga 20 pemain dan sertai perlawanan selama 60 minit.

2. Loker disediakan

Loker turut disediakan untuk setiap pelanggan jika membeli tiket dengan pakej terutama sekali untuk Misi Bom Cat dan juga Misi Bom Serbuk.

Dinasihatkan agar tidak membawa beg yang besar kerana saiz loker tidaklah terlalu besar tetapi boleh memuatkan dalam 3 hingga 4 beg bergantung saiz.

3. Bawa baju lebih

Bagi Misi Bom Cat dan juga Misi Bom Serbuk, walaupun anda memakai pakaian yang disediakan tetapi baju anda tetap akan terkena sedikit atau banyak cat dan serbuk.

Jika anda mahu berjalan-jalan selepas melakukan misi, anda dinasihatkan bawa baju lebih untuk menukar pakaian anda. Akan tetapi, anda tidak perlu risau kerana serbuk dan cat itu boleh hilang apabila dicuci.

4. Minum air secukupnya dan ke tandas dahulu

Pastikan anda minum air secukupnya dan ke tandas terlebih dahulu sebelum memulakan misi. Ini kerana, dalam Misi Bom Serbuk dan Misi Bom Cat, anda hanya boleh keluar selepas selesai menjalankan misi selama lebih 60 minit.

Secara jujur, Bomb Battle Elite ini sangat sesuai untuk anda yang runsing mahu melakukan aktiviti bersama rakan-rakan. Jika anda mahu mencuba permainan menarik ini, anda boleh beli tiket di sini.