Malam minggu yang lepas kami pergi window shopping di Mid Valley Megamall. Punyalah ramai orang kat sana. Malam minggulah katakan.
Penat berjalan selama sejam, perut pun berasa lapar. Kami mencari restoran di kawasan Centre Court berdekatan pintu masuk ke Aeon. Lalu kami terpandang signboard Madam Kwan’s. Kami pun masuk untuk mencuba makanan di sana.
BACA: 11 Gambar Lego Berkonsepkan Makanan
Di signboard Madam Kwan’s ada tertulis Nasi Lemak. Jadi kami pun bercadang nak order nasi lemak di sini. Masa kami ke sini, restoran ini sudah dipenuhi dengan pelanggan. Memang rakyat Malaysia ni sangat suka menikmati nasi lemak tak kira waktu di mana sahaja.
Melihat menu makanan Madam Kwan, memang banyak pilihan yang disediakan. Menu dari nasi lemak hinggalah ke mee kari. Nak order kat menu pun rambang mata jadinya.
Tapi kali ini kami tidak order nasi lemak yang biasa dalam set ya. Tiada telur rebus, tiada kacang goreng, tiada hirisan timun, tiada sambal tumis mahupun yang sewaktu dengannya. Kami order nasinya sahaja dan ambil lauk secara cuisine. Antara menu yang kami order boleh lihat seperti di bawah ya. Kami belanja anda gambar yang sedap-sedap.
Chicken curry ini penuh lemak tapi tidak terlalu manis. Sedap rasa kuahnya.
Rendang daging ini rasanya tak banyak beza dengan yang biasa di pasaran. Tapi, kami suka dengan dagingnya yang sangat lembut dan halus. Senang dihadam.
Dumpling soup ini mulanya kami ingatkan telur. Rupanya ada udang yang dibalut dengan tepung lalu direndam dalam sup ni. Sedap rasanya, kena dengan citarasa kaum cina.
Sambal petai! Ini memang favourite kami! Lama dah rasanya tak makan ulam ni. Lepas makan sambal petai Madam Kwan, macam mengenang kembali masakan ibu. Chewah!
Ini hasilnya selepas kami ambil semua lauk diletakkan di atas nasi lemak. Terliur kan?
Kami order teh ‘o’ ais limau sebagai minuman. Jangan lupa tuang gula cair yang disediakan ya kalau nak manis. Takut anda tak biasa pula minum version tawar. Hehe.
Madam Kwan’s mempunyai 7 cawangan di sekitar Lembah Klang ini. Anda boleh ke website Madam Kwan’s untuk maklumat lanjut.
Suasana di cawangan Mid Valley ini bertemankan lampu kuning yang menenangkan. Menambah selera makan kami. Anda lihatlah gambar di bawah ini. Memang puas hati!
BACA: 16 GIF Menggoda Daripada Teh
Terus terang kami katakan, untuk menikmati masakan tempatan, ini bukanlah tempat yang murah untuk anda datang selalu. Tapi, kualiti masakan yang Madam Kwan hidangkan memang tip top. Anda patut cuba makan di sini walaupun sekali.