Vokalis utama The Strokes memberi bayangan bahawa kumpulan itu bakal membuat kemunculan di Malaysia setelah gagal berbuat demikian selepas acara Good Vibes dibatalkan.

Kumpulan dari Amerika itu dijadualkan membuat persembahan di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes. Bagaimanapun ia gagal berjalan seperti yang dirancang setelah kontroversi yang melanda acara tersebut.

Bercakap di laman media sosialnya, Julian Casablancas dalam kenyataannya memberitahu peminat Malaysia bahawa kumpulan itu sedang mengusahakan sesuatu bagi menjayakan konsert mereka di Malaysia.

https://www.instagram.com/p/CvBQHpAJD5C/?igshid=YzcxN2Q2NzY0OA==

“Malaysia, [saya] baru tahu festival dibatalkan. Saya tahu anda telah menunggu 20 tahun untuk The Strokes membuat persembahan.

“[Kami] sedang cuba memikirkan sesuatu … tunggu… kami akan memberitahu anda tidak lama lagi,” katanya di laman Instagram miliknya.

The Strokes sepatutnya melakukan penampilan mereka di Malaysia pada hari ini di acara Good Vibes, tapi terpaksa dibatalkan selepas insiden yang membabitkan kumpulan The 1975 sehingga festival 3 hari itu dibatalkan.