Pernahkah anda terfikir, dalam kesibukan kita menghitung baki akaun simpanan, nilai hartanah atau prestasi pelaburan setiap bulan, ada satu perkara yang kita sering terlepas pandang? Perkara itu adalah harga sebuah kehilangan.
Kita sering menganggap kemalangan jalan raya hanyalah statistik hinggalah ia terkena pada batang hidung sendiri. Persoalannya, jika hari ini kita tidak lagi pulang ke rumah, apa yang akan terjadi kepada mereka yang kita tinggalkan?
Kolaborasi Padu Volvo Car Malaysia & Mr Money TV

Memahami hakikat pahit ini, Volvo Car Malaysia dengan kerjasama pakar kewangan popular, Mr Money TV telah melancarkan satu inisiatif yang cukup ‘deep’ iaitu Kalkulator Selamat.
Ini bukan sekadar kalkulator biasa untuk mengira pinjaman kereta. Ia adalah platform refleksi interaktif yang direka khusus untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang kesan domino dari sudut emosi dan kewangan akibat kehilangan insan tersayang.
Bagaimana ‘Kalkulator Selamat’ Ini Berfungsi?

Menerusi platform ini, anda akan diajukan beberapa siri soalan yang merangkumi aspek umur, kerjaya, pendapatan, tanggungan, serta gaya hidup anda.
Hasil daripada jawapan tersebut, ia akan menjana profil risiko keselamatan individu serta anggaran impak yang bakal ditinggalkan jika musibah melanda.
Anda mungkin akan dikategorikan kepada salah satu daripada empat profil utama:
Tulang Belakang Keluarga: Mereka yang menjadi sumber rezeki utama.
Rakan Hidup: Pasangan yang membina impian bersama.
Individu Solo: Anak muda yang mempunyai masa depan yang cerah.
Pendaki Kerjaya: Mereka yang sedang gigih membina empayar hidup.
Kalkulator ini akan menunjukkan secara visual bagaimana impian masa depan boleh ‘terkubur’ begitu sahaja dan beban kewangan yang terpaksa dipikul oleh waris jika kita tidak memandu dengan selamat.
“Nyawa Bukan Untuk Diletakkan Tanda Harga”
Menurut Patricia Yaw, Pengarah Jualan & Pemasaran Volvo Car Malaysia, tujuan utama Kalkulator Selamat ini bukanlah untuk meletakkan nilai ringgit pada nyawa manusia tetapi sebagai ‘wake-up call’.
“Ia bertindak sebagai peringatan mesra agar kita lebih menghargai nilai kehadiran kita di dunia ini. Nilai sebenar ‘Selamat’ itu tidak diukur dengan harta benda tetapi menerusi insan-insan yang kita sayangi,” katanya.
Nada yang sama turut dikongsi oleh Peter Yong, Pengasas Bersama Mr Money TV. Beliau menegaskan bahawa celik kewangan yang sebenar bermula dengan menghargai aset paling berharga iaitu nyawa sendiri.
“Kadangkala, pilihan terbaik dalam hidup adalah perkara paling mudah seperti memakai tali pinggang keledar, mendapat rehat secukupnya, atau bersabar ketika memandu. Apabila kita selamat, kita menyelamatkan masa depan orang lain juga.”
Jom Ubah Budaya ‘Selamat’ Kita

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kempen ‘Selamat’ oleh Volvo yang ingin mengangkat aspek keselamatan daripada sekadar spesifikasi teknikal di atas kertas, kepada satu budaya hidup bersama.
Sempena pelancaran ini juga, Volvo akan mengadakan acara Selamat Driving Experience pada 16 hingga 17 Mei 2026 untuk memberi pengalaman pendidikan keselamatan jalan raya yang lebih mendalam kepada orang ramai.
Adakah Anda Berani Menghadapi Realiti?
Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur. Ketahui nilai sebenar di sebalik keselamatan anda hari ini. Anda boleh mencuba sendiri Kalkulator Selamat secara dalam talian di pautan di bawah dengan klik di sini.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara Selamat Driving Experience, anda boleh ikuti perkembangan mereka di Facebook dan Instagram rasmi Volvo Car Malaysia.
Ingat, setiap kali anda mengucapkan “Selamat Jalan”, pastikan anda juga melakukan bahagian anda untuk benar-benar sampai ke destinasi dengan selamat. Sebab perjalanan yang paling bermakna adalah perjalanan pulang ke rumah.