Penolong Pegawai di Jabatan Komunikasi Komuniti atau JKON, Abdul Wahab Abdul Kadir masih belum membuat laporan polis tentang isu video perbualannya dengan Dr. Agus yang menjadi tular.

Wahab dalam sidang media tergempar mengesahkan bahawa dia telah diarahkan oleh seorang individu bernama Mr. H untuk merakam perbualan video dia dengan Dr. Agus.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Video itu kemudian disunting untuk kegunaan Mr. H dan beberapa individu lain yang mahu menjatuhkan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Menurut sumber Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat semalam masih belum ada laporan polis dibuat oleh Wahab.

Polis mengesahkan hanya ada satu sahaja laporan polis yang mereka terima, dipercayai daripada Dr. Agus. Dan siasatan ke atas laporan itu telah diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Hussein menyatakan bahawa kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Perkara yang sama dinyatakan oleh pihak Polis Kuala Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur menyatakan bahawa mereak tidak menerima sebarang laporan polis daripada Abdul Wahab.

Agus dan Wahab nafi mereka buat benda tak senonoh

Datuk Mohammad Agus Yusoff sudah membuat penjelasan tentang video kontroversi yang mengaitkannya dengan Abdul Wahab Adul Kadir Jilani.

Agus menafikan bahawa mereka ada hubungan intim dan mengancam akan mengambil tindakan perundangan kepada pihak yang menyebarkan video tersebut.

Ini kerana ianya telah mencemarkan imej dan reputasinya. Di samping mengaibkan keluarganya di mata masyarakat.

Dipetik daripada Harian Metro, Agus menyatakan bahawa Wahab seorang yang naif. Dan dia sudah menganggap Wahab seperti anaknya sendiri.

Agus berkata: “Wahab ini naif, dia anak kecil dan saya anggapnya seperti anak sendiri.”

Agus kecewa dengan rakaman video yang tersebar dengan perbia. Menurutnya video itu palsu dan sudah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menjatuhkan reputasinya. Mohammad Agus sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM.

Kredit gambar: BERNAMA
Kredit gambar: Bernama

Agus yakin bahawa individu bernama Mr. H dan beberapa lagi individu lain adalah dalang di sebalik penyebaran video palsu itu. Alasannya, mereka berkomplot mahu menjatuhkannya.

Ini berdasarkan informasi yang diberitahu oleh Wahab kepadanya. Kes tersebut akan disiasat oleh pihak Bukit Aman.

Agus menambah: “Wahab sudah menceritakan perkara sebenar kepada saya. Saya kenal Mr H dan beberapa individu disenaraikan tapi tidak akan dedahkan.”

“Video itu sudah disunting oleh pihak yang ingin jatuhkan saya, mana mungkin saya buat perkara seperti itu.”

“Saya anggap Wahab ini seperti anak saya sendiri malah, anak sulung saya lebih berusia daripadanya.”

“Saya akui ada buat panggilan video dan ketika panggilan itu dibuat, saya sedang bercuti. Saya sudah tidak ingat kandungan perbualan kami.”

Beliau terkejut kerana tidak tahu video panggilannya dengan Wahab telah dimanipulasi untuk menyerangnya bagi menjatuhkannya.

Agus mengakui bahawa dia dan Wahab ada beberapa kali membuat panggilan video sejak Wahab bertugas dengan J-KOM awal bulan ini. Perbualan mereka lebih kepada santai santai dan kerja.

Sementara itu Wahab pula menegaskan dia terkejut kerana telah dipergunakan dan dijadikan kambing hitam pihak tertentu untuk menjatuhkan Dr Agus.

Akhir sekali Agus sudah memberikan amaran kepada pelaku yang menyebarkan video tersebut, bahawa dia akan mengambil tindakan perundangan. Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kajang.