Sembilan daripada 15 wakil Malaysia berjaya melangkah ke pusingan 16 Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.

Selepas empat pasangan beregu lelaki mara pada aksi pusingan pertama yang diadakan semalam, tambahan lima lagi wakil pada hari kedua kejohanan.

Baca Juga:

Gandingan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang turun selaku pilihan kedua kejohanan terlebih dahulu mengesahkan kemaraan selepas menundukkan wakil India, Dhruv Kapila-Tanisha Crasto 21-11, 16-21, 21-14.

Pasangan beregu campura itu tidak bersendirian ke pusingan 16 selepas Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai turut melepasi cabaran awal dengan menewaskan Phuvanat Horbanluekit-Sapsiree Taerattanachai dari Thailand 21-12, 21-16.

Acara beregu wanita juga menyaksikan dua wakil negara akan beraksi esok selepas Pearly Tan-M. Thinaah mengatasi Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui (Chinese Taipei) 21-16, 21-17 dan Ong Xin Yee-Carmen Ting pula menewaskan pasangan tuan rumah, Isyana Syahira Meida-Rinjani Kwinara Nastine 10-21, 21-14, 21-17.

Wakil terakhir negara yang mengesahkan kemaraan ialah Leong Jun Hao setelah mengatasi pemain perseorangan Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo 21-13, 21-12.

Nasib tidak menyebelahi Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing, Choong Hon Jian-Haikal Nazri, Goh Jin Wei, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien yang tewas kepada lawan masing-masing

Pusingan 16 Terbuka Indonesia 2025

Perseorangan Lelaki

1) Leong Jun Hao kalahkan Chico Aura Dwi Wardoyo (Indonesia) 21-13, 21-12

Beregu Lelaki 

2) Man Wei Chong-Tee Kai Wun kalahkan Chen Zhi Yi-Presley Smith (Amerika Syarikat) 21-6, 21-11

3) Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong kalahkan Xie Hao Nan-Zeng Wei Han (China) 21-17, 21-12

4) Wan Arif Junaidi-Yap Roy King menang percuma ke atas Eloi Adam-Leo Rossi (Perancis)

5) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin kalahkan Lee Fang-Chih-Lee Fang Jen (Chinese Taipei) 17-21, 21-17, 21-14

Beregu Wanita

6) Pearly Tan-M. Thinaah kalahkan Sung Shuo Yun-Yu Chien Hui (Chinese Taipei) 21-16, 21-17

7) Ong Xin Yee-Carmen Ting kalahkan Isyana Syahira Meida-Rinjani Kwinara Nastine (Indonesia) 10-21, 21-14, 21-17

Beregu Campuran 

8) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalahkan Dhruv Kapila-Tanisha Crasto (India) 21-11, 16-21, 21-14

9) Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai  kalahkan Phuvanat Horbanluekit-Sapsiree Taerattanachai (Thailand) 21-12, 21-16