Daripada 18 wakil Malaysia yang beraksi di pusingan kelayakan dan pertama, hanya tujuh berjaya melangkah ke pusingan kedua kejohanan Thailand Masters 2025.

Seperti dilaporkan sebelum ini, tiada nama besar dari Malaysia yang beraksi dalam saingan berstatus Super 300 itu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia menjadi peluang terbaik buat barisan pemain muda untuk membuktikan kemampuan mereka beraksi di pentas lebih tinggi.

Aidil Sholeh Ali Sadikin dan Kok Jin Hong menjadi wakil negara dalam acara perseorangan lelaki manakala harapan sektor perseorangan wanita pula disandarkan kepada S. Kisona.

Beregu lelaki pula menyaksikan gandingan juara remaja dunia 2024, Kang Khai Xing-Aaron Tai bersama Goh V Shem yang bergandingan dengan pemain Korea Selatan, Choi Sol-gyu turut meneruskan kemaraan.

Pasangan muda, Ong Xin Yee-Carmen Ting akan beraksi dalam beregu wanita manakala Loo Bing Kun-Ho Loo Ee pula bagi beregu campuran.

Kali terakhir pemain Malaysia muncul juara kejohanan ini adalah menerusi gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi yang memenanginya pada edisi 2020.

Pada aksi final, mereka menundukkan wakil dari China, Huang Kai Xiang-Liu Cheng pada perlawanan yang berlanjutan ke ‘rubber set’ dengan kemenangan 18-21, 21-17, 21-17.

Wakil Malaysia Di Pusingan Kedua (Pusingan 16) Thailand Masters

Perseorangan Lelaki

1) Aidil Sholeh Ali Sadikin

2) Kok Jing Hong ( Dari Pusingan Kelayakan)

Perseorangan Wanita

3) S. Kisona

Beregu Lelaki

4) Kang Khai Xing-Aaron Tai

5) Goh V Shem-Choi Sol-gyu

Beregu Wanita

6) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

7) Loo Bing Kun-Ho Ee Ho