Selepas dua kejuaraan dimenangi pada dua kejohanan terakhir, tumpuan pemain Malaysia beralih ke kejohanan Thailand Masters 2025 bermula hari ini.

Melihatkan kepada senarai pemain yang menyertai kejohanan berstatus Super 300 itu, tidak ramai nama-nama besar dari Malaysia terlibat.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Baca Juga:

Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun juga dilihat tidak menyertai kejohanan yang berlangsung di Nimibutr Stadium, Bangkok itu.

Dapat disaksikan pemain muda diberikan peluang untuk menimba pengalaman berguna sebelum menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia pada 11 hingga 18 Februari nanti.

Justin Hoh serta dua pemain profesional negara iaitu Cheam June Wei dan Aidil Sholeh Ali Sadikin bakal membawa cabaran negara dalam acara perseorangan lelaki manakala harapan dalam perseorangan wanita pula disandarkan kepada K. Letshanaa dan S. Kisona.

Bagi acara beregu lelaki, Kang Khai Xing-Aaron Tai yang merupakan juara remaja dunia 2024 turut beraksi bersama-sama Chia Weijie-Lwi Sheng Hao, Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean, Bryan Jeremy Goonting-Fazriq Mohammad Razif dan Low Hang Yee-Ng Eng Cheong.

Ong Xin Yee-Carmen Ting menjadi wakil tunggal dalam beregu wanita dan beregu campuran juga menyaksikan hanya Loo Bing Kun-Ho Ee Ho menjadi wakil negara.

Menariknya legenda negara, Goh V Shem turut akan beraksi tetapi berpasangan dengan pemain Korea Selatan, Chol Sol-gyu.

Daripada senarai lengkap yang dikeluarkan BWF, Malaysia mempunyai 17 wakil kesemuanya dan lima daripadanya perlu melepasi pusingan kelayakan terlebih dahulu.

Berikut merupakan senarai penuh pemain Malaysia yang akan beraksi dalam Thailand Masters 2025:

Thailand Masters 2025

Perseorangan Lelaki

1) Justin Hoh

2) Cheam June Wei

3) Aidil Sholeh Ali Sadikin

4) Kok Jing Hong (Kelayakan)

5) Eogene Ewe (Kelayakan)

6) Tan Jia Jie (Kelayakan)

Perseorangan Wanita

7) K. Letshanaa

8) S. Kisona

9) Loh Zhi Wei (Kelayakan)

Beregu Lelaki

10) Kang Khai Xing-Aaron Tai

11) Low Hang Yee-Ng Eng Cheong

12) Chia Weijie-Lwi Sheng Hao

13) Goh Boon Zhe-Wong Vin Sean

14) Bryan Jeremy Goonting-Fazriq Mohammad Razif

Beregu Wanita

15) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

16) Loo Bing Kun-Ho Ee Ho

17) Too Ming Yap-Lee Yu Shan (Kelayakan)