Tiga daripada lima wakil negara terus mempamerkan aksi konsisten untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Indonesia 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.
Kemaraan itu meneruskan rentak cemerlang kem Malaysia yang semakin menampakkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.
Baca Juga:
- Jadual Aksi Pemain Malaysia Dalam Suku Akhir Terbuka Indonesia 2025
- Senarai Wakil Malaysia Mara Ke Suku Akhir Terbuka Indonesia 2025
- Terbuka Indonesia 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil pertama yang meneruskan kemaraan selepas menundukkan pasangan Denmark, Jesper Toft-Amalie Magelund 17-21, 21-16, 21-14.

Finalis edisi tahun lalu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun menyerap tekanan hebat dengan baik untuk menundukkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dengan kemenangan 21-19, 21-16.
Ia merupakan kemenangan pertama dicatatkan Wei Chong-Kai Wun ke atas lawan dari India itu dimana sebelum ini mereka tewas pada empat aksi berturut-turut.
Rentak cemerlang itu diteruskan Pearly Tan-M. Thinaan yang menundukkan pasangan beregu wanita Jepun, dengan ‘straight set’ Rin Iwanaga-Kie Nakanishi 21-6, 21-18.
Gandingan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai bagaimanapun gagal mengikuti jejak langkah yang lain ke separuh akhir selepas tewas kepada Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran dari Thailand 16-21, 12-21.
Manakala Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani disingkirkan oleh pasangan tuan rumah, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 19-21, 21-9, 19-21.

Wakil Negara Ke Separuh Akhir Terbuka Indonesia 2025
1) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kalahkan Jesper Toft-Amalie Magelund (Denmark) 17-21, 21-16, 21-14
2) Man Wei Chong-Tee Kai Wun kalahkan Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty (India) 21-19, 21-16
3) Pearly Tan-M. Thinaah kalahkan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi (Jepun) 21-6, 21-18