Daripada sembilan wakil Malaysia yang turun beraksi dalam Pusingan 16 Kejohanan Badminton Asia 2025 hari ini, tiga daripada berjaya melangkah ke suku akhir.
Pasangan suami isteri, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terlebioh dahulu mengesahkan kemaraan pada pagi tadi dengan kemenangan 21-17, 21-14 ke atas gandingan Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Kejohanan Badminton Asia 2025
- Senarai Pemain Malaysia Yang Sertai Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2025
- Badminton Asia 2024: Momentum Kemenangan Terhenti, Sze Fei-Nur Izzudin Muncul Naib Juara

Selepas kemenangan tersebut, satu persatu wakil negara tersingkir apabila Goh Jin Wei, Justin Hoh, Yap Roy King-Valeree Siow, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada lawan masing-masing.
Dua pasangan beregu utama negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik bagaimanapun hadir menjelmakan keputusan positif.
Sze Fei-Nur Izzuddin yang merupakan pilihan utama kejohanan berhempas pulas sebelum berjaya menundukkan Kittinupong Kedren-Dechapol Puavaranukroh dari Thailand dengan ‘straight set’ 21-18, 22-20.
Aaron dan Wooi Yik pula mengenepikan cabaran wakil India, Hariharan Amsakarunan-Ruban Kumar Rethinasabapathi 21-15, 21-14.

Suku Akhir Kejohanan Badminton Asia 2025
Menanti Soon Huat-Shevon Lai di suku akhir esok ialah gandingan Indonesia, Jaafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu pada 10 pagi.
Sze Fei-Nur Izzudin akan menghadapi cabaran pasangan China, Chen Bo Yang-Liu Yi manakala Aaron-Wooi Yik pula akan berhadapan gandingan utama Indonesia iaitu Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Edisi lalu yang turut diadakan di Ningbo, China menyaksikan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin berjaya melangkah ke perlawanan akhir tetapi mereka dikecewakan oleh Liang Weng Keng-Wang Chang.