Pernah tak masa tengah sibuk di luar, tiba-tiba terfikir “Eh, dah masuk waktu Zohor ke belum?” Tapi masa itu pula telefon dalam beg, bateri nak habis, atau tengah dalam mode ‘fokus’ tak nak diganggu.

Sekarang, semua itu bukan lagi masalah sebabnya HUAWEI baru sahaja memperkenalkan Waktu Solat Malaysia App, khas untuk pengguna HUAWEI Wearables di Malaysia!

Menariknya fungsi ini dibangunkan eksklusif untuk pengguna di Malaysia, menjadikan HUAWEI sebagai antara jenama smartwatch pertama yang benar-benar memahami keperluan gaya hidup Muslim moden.

Aplikasi Waktu Solat Malaysia Kini Di Pergelangan Tangan Anda

HUAWEI

Melalui Waktu Solat Malaysia App, pengguna boleh menikmati kemudahan:

  1. Paparan waktu solat harian terus di smartwatch
  2. Arah Qiblat (untuk model terpilih)
  3. Rujukan doa dan kandungan Islamik
  4. Notifikasi masuk waktu solat, terus di pergelangan tangan

Tidak perlu lagi buka telefon setiap kali nak semak waktu.

Semuanya tersedia di smartwatch anda sama ada anda di pejabat, dalam perjalanan atau sedang travel.

Dibangunkan Khas Untuk Malaysia

Apa yang menjadikan fungsi ini istimewa ialah ia direka khas untuk masyarakat Muslim di Malaysia. Setiap waktu solat yang dipaparkan disesuaikan dengan zon waktu tempatan (JAKIM-based), memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan.

Bukan itu sahaja, aplikasi ini boleh digunakan pada iOS dan Android sekaligus membolehkan semua pengguna boleh menikmati pengalaman yang sama tanpa batasan.

Serasi Dengan HUAWEI Watch GT 6 Series dan Model Lain

Dari Gaya Hidup ke Ibadah: HUAWEI Watch GT 6 Kini Hadir Dengan Fungsi Waktu Solat Malaysia

Berita baik untuk peminat teknologi HUAWEI — aplikasi ini boleh digunakan pada pelbagai model termasuk:

  1. HUAWEI WATCH FIT 4 / FIT 4 PRO
  2. HUAWEI WATCH GT 5 / GT 5 PRO
  3. HUAWEI WATCH GT 6 / GT 6 PRO
  4. HUAWEI WATCH 5
  5. HUAWEI WATCH ULTIMATE 2

Untuk pengguna HUAWEI WATCH 5 dan HUAWEI WATCH ULTIMATE 2, anda akan dapat fungsi Qiblat eksklusif, menjadikan pengalaman Islamik ini lebih lengkap seolah-olah ada kompas iman digital di pergelangan tangan anda.

Gaya Hidup Moden Dengan Sentuhan Islamik

Kalau anda merupakan seseorang yang mahu tampil bergaya serta mahu nikmati teknologi canggih di pergelangan tangan, HUAWEI WATCH GT 6 Series adalah jawapannya!

Rekaan HUAWEI GT 6 Series yang elegan serta hadir dengan aerospace-grade titanium alloy dan kaca sapphire yang tahan calar membuatkan model ini tampil eksklusif.

Oh ya, soal mengenai ketahanan bateri, HUAWEI GT 6 Series berpeluang bertahan sehingga 21 hari untuk satu pengecasan penuh.

Model ini juga dilengkapi ciri kecergasan dan kesihatan canggih seperti pemantauan tidur, kadar denyutan jantung, serta stress level tracker. Serius cool!

Bagi yang suka bersenam, terdapat lebih 100 mod sukan untuk dipilih.

Lebih memudahkan, anda boleh buat bayaran terus dengan TNG QR Payment, guna MyBorderPass bila travel dan balas mesej WhatsApp terus dari jam tangan. Semua dalam satu peranti, memang lengkap!

Dalam erti kata lain, smartwatch ini bukan sekadar peneman gaya hidup moden tetapi juga sahabat yang membantu anda kekal seimbang antara dunia dan akhirat.

Masa Terbaik Untuk Dapatkan HUAWEI Watch GT 6

Dari Gaya Hidup ke Ibadah: HUAWEI Watch GT 6 Kini Hadir Dengan Fungsi Waktu Solat Malaysia

Untuk pengetahuan, sekarang adalah waktu terbaik untuk memiliki HUAWEI Watch GT 6 Series sebabnya sebabnya dengan setiap pembelian, para pelanggan bakal menerima hadiah percuma bernilai RM446!

Gabungan reka bentuk bergaya, fungsi outdoor, bateri tahan lama dan kini dengan aplikasi Waktu Solat Malaysia menjadikan HUAWEI Watch GT 6 sebagai smartwatch pilihan utama untuk umat Islam moden di Malaysia.

Cara Dapatkan Waktu Solat Malaysia App

Dari Gaya Hidup ke Ibadah: HUAWEI Watch GT 6 Kini Hadir Dengan Fungsi Waktu Solat Malaysia

Lebih menarik, para pengguna berpeluang menggunakan aplikasi Waktu Solat Malaysia semudah tiga cara sahaja.

  1. Pastikan HUAWEI Watch anda serasi dengan aplikasi ini.
  2. Pasang melalui HUAWEI Health App pada telefon anda.
  3. Cari ‘Waktu Solat Malaysia’ dan ikuti langkah pemasangan.

Siap! Anda kini boleh semak waktu solat, arah Qiblat, dan doa terus dari smartwatch.

Menerusi integrasi Waktu Solat Malaysia App pada HUAWEI Wearables, HUAWEI benar-benar membawakan inovasi yang dekat dengan jiwa Muslim Malaysia dalam memudahkan urusan harian, tanpa mengabaikan tuntutan ibadah.

Anda boleh dapatkan HUAWEI GT 6 Series menerusi HUAWEI Store, Shopee, Lazada mahupun TikTok.

Apa tunggu lagi, Ayuh nikmati fungsi Waktu Solat Malaysia di HUAWEI Watch. Pengalaman Islamik di pergelangan tangan anda!