Waktu Solat Malaysia, aplikasi gaya hidup Islam terkemuka di negara ini di bawah REV Media Group (REV), memperkenalkan langganan tanpa iklan untuk 1.5 juta penggunanya, membolehkan akses lancar kepada semua ciri premium dalam aplikasi tanpa gangguan.
Sehingga kini, Waktu Solat Malaysia telah mencapai 9.8 juta muat turun dan 8.3 juta sesi bulanan, menunjukkan populariti dan kepercayaan pengguna terhadap platform gaya hidup Islam yang komprehensif ini.
Safwan Rahim, Pengurus Program OTT, REV berkata, “Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syakwasangka kandungan yang tidak sesuai. Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.”
Pengguna boleh membuat langganan secara bulanan, suku tahun, atau tahunan pada harga berpatutan dengan diskaun menarik selepas mengemaskini versi aplikasi di App Store dan Play Store:
Bulanan: RM9.90
Suku Tahun (3 bulan): RM28 (RM9.33/bulan, berbanding RM45 biasanya)
Tahunan: RM108 (RM9/bulan, berbanding RM180 biasanya)

Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui pelan rangkaian telefon bimbit, FPX, e-dompet, kad kredit dan debit, serta pilihan perbankan DuitNow.
Setelah melanggan, pengguna mendapat akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciri termasuk waktu solat, Al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan solat, dan zikir, semuanya tanpa iklan.
Selain itu, pengguna yang melanggan turut mendapat akses ke platform penstriman Tonton, membuka semua kandungan premium tanpa iklan.
Untuk maklumat lanjut dan butiran langganan, muat turun Waktu Solat Malaysia melalui App Store dan Play Store.