Aplikasi gaya hidup Islam terkemuka di bawah REV Media Group (REV), Waktu Solat Malaysia, terus memperkukuh peranannya sebagai rujukan digital umat Islam dengan memperkenalkan langganan tanpa iklan dan ciri artikel dalam aplikasi.
Inisiatif ini hadir sempena Ramadan 2026 dan hasil maklum balas pengguna yang mahukan pengalaman aplikasi yang lebih lancar, selamat serta fokus kepada keperluan rohani tanpa gangguan iklan.
Langganan Tanpa Iklan Pada Harga Berpatutan
Menerusi kemas kini terbaharu di App Store dan Play Store, pengguna kini boleh melanggan pelan tanpa iklan secara:
Bulanan: RM9.90
Suku Tahun (3 bulan): RM28 (RM9.33/bulan berbanding RM45)
Tahunan: RM108 (RM9/bulan berbanding RM180)
Langganan boleh dibuat dengan mudah melalui pelan rangkaian telefon bimbit, FPX, e-dompet, kad kredit/debit serta perbankan DuitNow.
Selepas melanggan, pengguna boleh menikmati akses tanpa gangguan kepada pelbagai ciri utama aplikasi termasuk waktu solat, al-Quran, arah kiblat, tasbih harian, doa harian, panduan solat dan zikir semuanya tanpa iklan.
Lebih menarik, pelanggan turut menerima akses percuma ke platform penstriman Tonton tanpa iklan, merangkumi drama eksklusif, filem dan program TV keluaran Media Prima (TV3, TV9, 8TV), saluran premium (TVN, Animax, GEM) serta kandungan Korea.
Safwan Rahim, Pengurus Program OTT, REV berkata: “Kami mendengar maklum balas pengguna, terutamanya berkaitan iklan yang mengganggu yang menyebabkan kekeliruan dan kadang-kadang menimbulkan syak wasangka kandungan yang tidak sesuai. Dengan pilihan tanpa iklan ini, kami menyediakan pengalaman yang lebih lancar dan fokus kepada semua pengguna kami.
Dengan pelancaran ini, kami berhasrat meningkatkan pengalaman pengguna, memastikan keperluan rohani, pendidikan dan hiburan mereka dipenuhi dalam persekitaran selamat tanpa iklan.”
Artikel Dalam Aplikasi Mudahkan Akses Ilmu
Waktu Solat Malaysia turut memperkenalkan ciri artikel dalam aplikasi (In-App Article), membolehkan pengguna membaca sebahagian artikel terus di dalam aplikasi.
Untuk bacaan penuh, pengguna akan ditujukan terus ke portal rasmi www.waktusolat.digital. Muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia menerusi App Store atau Google Play hari ini.